Cikdoktor?

My Photo
Islam. Lively Living and Breathing, lillahita'ala. 20, May-babies. I dream for a fairy-like garden wedding! Nikon-headed. Fragile yet hard to fall. Ain't extraordinary. Ain't good enough. And I hate harsh words and ppl who talk carelessly towards others. Friends with all until the right man comes at the right time. Insya Allah wa syukur lillah, a medical student in Universiti Sains Islam Malaysia's Med School. Happy reading :) May Allah bless!

May 6, 2011

Kawan, hidup ini umpama langit yang tidak selalu cerah. Dan ingatlah pelangi yang indah pasti akan hilang. Maka jadilah seperti si matahari..

Macam ni ke menara gading yang orang selalu cakap tu?
I wish I can fly high happily and freely.


WARNING : Post panjang, tapi mesti baca :')
Post ini juga saya tulis pakai hati moga dapat tenteramkan hati awak, sahabat.

12.20 am
Oh. menangis akhirnya.
:'\

Aku tak kuat rupanya.
Aku tak faham.
Kenapa aku tak dapat ape yang aku mintak..?
Allah..
Aku tak redha titiskan air mata ini.
Aku sudah tidak mahu menangis.
Sekarang masa untuk berfikir dan buat keputusan yang terbaik.
Tapi aku rupanya belum cukup tabah dan belum cukup teguh menyematkan kata-kata Allah yang satu tu dalam hati.

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-baqarah : 216)

Aku tak boleh kesal dengan apa yang aku dapat.
Allah..
Allah..
*tenanglah hati,
Mungkin Allah tahu yang terbaik untukku bukan terus pada jalan yang mudah. Aku mesti lalui jalan yang sukar dulu. Mungkin. Allah tak bebankan kita dengan sesuatu perkara yang kita tak mampu kan? He knows best. Yeah.

Allah tengah ajar. Allah sedang memberi pengajaran. Allah sedang uji. Allah sedang mencurah rahmah. Allah sedang berbicara. Allah tengah ajar tentang sabar dan syukur. Allah tengah merindu. Allah sedang menangguh. Bukan menolak. Cuma menangguh. Percayalah.
Percaya ya.
Percayalah.
Allah sedang menangguh.

Doa itu tak semuanya terus makbul. Doa itu tak selalunya terus ditolak. Langsung tidak mentah mentah. Apatah lagi bulat bulat. Tidak. Cuma Dia sedang menangguh. Supaya awak, dia dan saya belajar. Tentang sabar dan syukur. Tentang tidak putus asa.
Ya, tangguh. Postpone orang putih kata.


Maka jangan menangis ya? Jangan tegar titis air mata lagi. Awak mesti penat menangis macam saya. Kita sudah banyak menangis hari itu. Hari yang kita sangka akan bawakan berita gembira. Hari yang kita sangka doa doa dan cita cita kita anyam selama ini akan dimakbulkan. Hari yang cuma memberi sekeping slip nipis tapi boleh buat kita sangka masa depan kita sudah calar. Jangan sangka begitu lagi. Awak mesti simpan air mata untuk perkara lebih penting.

Sebab Rezeki Allah luas.
Saya pegang dengan itu. Malah saya genggam tak nak bagi lepas.
Awak pun buatlah bende yang sama, ya? Percayalah. Rezeki Allah itu luas. Seluas langit yang awak dok tengok hari hari tu. Seluas lautan yang awk heran manalah hujungnya. Malah mungkin lebih luas lagi daripada semua itu. Mungkin kita banyak diuji akhir akhir ini. Tanpa sedar, saya sendiri sudah redha bahawa ujian ujian itu sebenarnye rezeki. Kerana ujian itulah mengajar saya tentang sabar dan syukur. Sekurang-kurangnya kita belajar kenal pentingnya usaha dan ikhtiar. Sekurang-kurangnya bila kita tidak terus diberi nikmat, kita tahu menadah mohon rahmat agar Allah kasihan. Kuranglah sikit rindu Allah pada kita. Ye tak? :']

"Sungguh ajaib dalam urusan orang mukmin! Sesungguhnya setiap urusannya baginya ada kebaikan dan perkara ini tidak berlaku melainkan kepada orang mukmin. Sekiranya dia diberi dengan sesuatu yang menggembirakan lalu dia bersyukur maka kebaikan baginya dan sekiranya apabila dia ditimpa kesusahan lalu dia bersabar maka kebaikan baginya." - (Hadis riwayat Muslim)
Saya faham.
Saya juga merasa.

Result SPM tak seberapa. 5A, 6A, 7A, 8A.
Masa tu bukan main semua orang cakap, apply je semua. apply je semua. biasiswa ini itu. siap tolong bagi link bagai. siap bagi nasihat nasihat pasal pilihan bidang dan universiti. pergi education fair lah, google pasal course course yang kita nak.. jangan putus asa. Ada rezeki ade lah.. dan macam macam lagi.
True. Apply je semua.
Padahal depa bukan rasa ape kita rasa.

Alih alih, bila apply, semua bende tak dapat. Ade yang dapat pun, bukan yang kita nak. Memang frust kan ble seemuaa orang sibuk dok bagi harapan kat kita, dan kita pulak baru nak mula jahit harapan harapan tu kasi terikat kemas, sekelip mata jeh keputusan UPU hari ni hancurkan semuanya.

Betapalah bengkaknya hati tengok kawan kawan sanak saudara dok bergembira dengan keputusan masing masing. Yang kita ni.. kita yang tak jemu jemu berdoa siang malam, solat hajat solat taubat qiamulail semua, akhirnya tak dapat ape yang kita nak. Tak faham betul kan kenapa jadi macam ni. Kenapa Allah tangguh rezeki kita lagi? Sampai bila nak tangguh.. :'| Sampai bila asyik depa je berjaya, dan kita ni dok tengok je? Sampai bila asyik depa je dapat ape yang depa nak, tapi kita ni.. tak penah penah nak dapat? :'(

Haa. mesti awak rase macam tu kan?
Awak lupe ke.. awak tu kurang usaha? awak banyak doa dan solat pun, tapi awak tak jaga hubungan dengan manusia.. awak banyak buat baik dengan org, tapi hubungan dengan Allah awk tak jaga.. lagi lagi, awak tu brape A? 7A je tahu. tak hebat langsung banding dengan dorang tuh semua. Cuba selidik balik, kenapa dorang tu semua dapat course pilihan masing masing? Sebab dorang tu semua stret A's students lah! Nak banding dengan awak, mane layak. Allah nak ajar lah nih. Allah nak ajar.
"Tiada satu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan sudah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita dengan apa yang luput daripada kamu dan jangan terlalu gembira dengan terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri." - (Surah al Hadid, 22-23)

Ye, Allah nak ajar kita.
Ape sebabnya Allah tak bagi aku course Perubatan tu? Ape sebabnya Allah langsung tak bagi aku ape ape tawaran? Tapi dia yg result tak seberapa tu dapat? Ape sebabnya Allah tak bagi aku amik Engineering? Ape sebabnya Allah tempatkan aku kat Universiti yang jauh nak mampos tu? Ape sebabnya Allah tak kasi aku sama Uni dengan dia? Ape sebabnya Allah takmoh bagi aku amik Undang-Undang? Ape sebabnya Allah kasi aku Diploma? Kenapa tak asasi macam yang aku nak.. Ape sebabnya Allah bagi aku course yang aku tak nak? Ape sebabnya aku dapat course takde kaitan dengan minat ni? Dah lah MARA JPA semua tak dapat. Cisss. Kenape?! Tak paham lah.

Huh. Sebab dia simple, sebab Allah nak ajar.
Allah nak suruh kau mula dari bawah balik. Even kau dulu pernah kene label budak pandai, kau dulu pernah jadi top scorer dalam batch, kau dulu pernah dapat A dalam those subjects but not during spm, kau dulu student terbaik dalam subjek tu, kau dulu student kesayangan cikgu, kau memang otak kira-kira, kau memang terer gila lah mengajar orang, kau memang tiptop dalam sains.. Semua tu tak bermakna kau boleh terus bangga dengan diri kau. Allah nak ajarlah tu.

Allah nak suruh kau kerja keras balik. Kalau dulu kau terus terusan diberi kejayaan, kalau dulu kau selalu jeh dapat ape yang kau cita citakan, kalau dulu kau selalu dapat ape yang kau nak, sekarang Allah nak ajar. Allah nak ajar kau supaya work harder. Study harder. Learn everything. Allah nak train kau so that kau jadi seorang yang bersungguh-sungguh. Allah nak train kau jadi budak tak putus asa. Allah nak train kau supaya tak lokek dengan ilmu untuk dikongsi dan dihayati.
Allah nak train kau, Aimi
.
:')


Kerana hati kita rapuh, sebenarnye. Malah kalau tanpa iman, ia terlalu rapuh.


Allah nak ajar.
Maka sabarlah ya duhai hati?
Kita mula balik dari bawah. Kita mula balik dengan usaha gigih. Kita mula balik dengan lebih banyak usaha dan sungguh-sungguh. Walaupun Allah maha Tahu, maha Lihat, kita belajar dan usaha gigih macam nak tarik perhatian pakwe hensem okay? Supaya malaikat semua catatkan usaha usaha kita untuk dilaporkan kepada Allah. Biar nanti Allah bagi ganjaran nikmat kita dunia akhirat. Biar kali ini kita asah diri jadi sabar dan selalu bersyukur. Kali ini je. Insha-Allah, next time Allah mesti turunkan rezeki yang tertangguh tu. Allah mesti makbulkan doa kita yang Dia tangguhkan tu..

Sebab tu lah adanya pepatah "Everything happens for a reason."
Kemungkinan Allah tangguh rezeki kita sebenarnye nak beritahu bahawa Allah tengah bagi bende lain yang kita kene belajar daripadanya. Allah tangguh rezeki kita tak lama. Allah kan sangat baik. Nanti dia bagilah bila tiba masanya.
Okay?
:')

"Dan (ingatlah juga) tatkala Tuhanmu memaklumkan: sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih." - (Surah Ibrahim, ayat 7)


____________________________________________________________________
Assalammualaikum & Hello.
Thank you for still following and reading this blog.
Love you all. :)

Alhamdulillah.
Walau ini bukan seperti yang aku minta, aku tahu ini juga bukan penutup bagi jalan yang aku mimpikan selama ini. Aku happy pun sebab dekat dengan rumah wey! Dekat gilaaaaaa pulak tu. YAYY!! Boleh balik makan tidur bacanovel selaluuu =DDDD Hahah!


NO. KAD PENGENALAN / MYKAD:93051614****
NAMA:AIMI SYAHIRAH BINTI IBRAHIM

TAHNIAH!

Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut :

Q0800 - TAMHIDI SAINS DAN TEKNOLOGI


UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA (USIM)


Paling best sebab same dengan ADIKKK(Aini Afiqah MSY) Heheee.
Tapi adik dapat Pergigian. Hmm, Hopefully Allah bagi rezeki same bilik ke ape ke ~~ Ameeennnn.

Aku mengharapkan untuk dapat my first choice, Tamhidi Perubatan. Tapi tak dapat. Takpelah.
Belajar bende yang same je pun kan. Cuma mungkin budak perubatan blaja lebih laju. Cuma mungkin budak perubatan belajar dengan lebih bersemangat dan ada keinginan tinggi untuk berjaya tak sehebad budak sc & tech. Tapi bak kata seniors aku, in the end, result is the only thing that matters. Yang penting, score 3.5 above for both of the semester and, I'll make it real. Make my dream come true. :'] So, i'm gonna do this. This is the chance.

Though I have other choices.
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan atau blah pergi Mesir buat Medic dengan bahagia.

Allah dah beri laluan. Cuma tak mudah. In fact, takde ape pun yang mudah kan dalam hidup ni. Tinggal manusia sendiri sama ada untuk menjadikannya mudah atau sebaliknya. Indeed, Allah says : "Verily, with every difficulty there is a relief" (Ash-Syarh : 6)

Aku sedih awalnya. Aku sangka rezeki yang Allah tangguhkan dekat SPM, mungkin Allah beri kali ni.. Tapi rupa rupanya belum lagi. Allah tidak mahu aku terus dapat laluan yang mudah. Pastinya aku kene kerja keras lepas ini. Tolong doakan aku ya..

Mama kata, "Takpelah adik pergi je USIM tuh, nanti kalau tak boleh jugak after asasi tu.. Mama hantar adik pergi Mesir blaja Medic. Yang penting cita-cita adik tercapai. That time, anggap je setahun dekat USIM tu utk belajar hidup Universiti."

Kak Mira kate, "Sejarah dah membuktikan ada student dari tamhidi perubatan tak dapat masuk ke fakulti perubatan sebab pointer tak cukup dan ramai juga dari tamhidi sc & tech dapat masuk fakulti perubatan & pergigian sebab pointer cukup. Jadi kalau mahu jd doc atau doc gigi, masih ade peluang lagi =)"

Dan yang menjadi titik mula akhirnya aku tegar menitiskan air mata, kerana ini :

"Kalau dok dalam tamhidi perubatan dan tak score 3.5 n above pun tak boleh masuk fakulti perubatan jugak. Yang penting kena belajar sungguh-sungguh. Dengar kuliah betul-betul. Buat study group and buat tutorial. Paling penting, doa banyak-banyak. Allah ade untuk aimi. Kena pandai pilih kawan, doa Allah bagi kawan yang baik. Mungkin sebab ada budak Sc Tech yang tak minat medic, jadi dia memang nak dok fakulti sains kan jadi dia tak perlu score tinggi-tinggi. Jadi mungkin kalau kita ikut rentak dia, kita terlalai dan terlupa matlamat asal kita. Jadi betulkan niat kerana Allah. Pasang azam yang tinggi. Konsisten & istiqamah. Jaga hati, ibadat. Takut kita terlupa matlamat akhir kita untuk mendapatkan syurga Allah.."

Matlamat asal dan matlamat akhir.
:')

Aku catat supaya aku tidak lupa. Ade sesiapa rindu nak tengok tulisan aku? Haha makin huduh kan.
Hey, I'm blowing some of my 'keep moving on' spirit to you ;)

"Moga sc & tech tu bawa nti untuk capai cita-cita."
It's funny when it was just a simple sentence from you but made me feel so much better and relieved.
In fact, Happier too
. So UM, if he's going to choose you rather than Jordan, please be nice to him :')












Kepada yang berjaya, teruslah berjaya. TAHNIAH :)
Kepada yang kurang berjaya, Jangan putus asa dari rahmat Dia.
Rezeki itu luas. Ada. Kali ni kita kene cari. Boleh jadi di tempat yang lebih baik.
Allah sedang menguji. Senyumlah.
Sesungguhnya kamu orang yang beruntung kerana Dia tidak mahu kamu alpa.
Buat rayuan bagi yang tak dapat mana-mana. Insha Allah, dapat punya :)
May Allah guide us in making decision.
All the best, batch 1993.
PS. HAPPY BIRTHDAY, WAN. Allah Bless!
Salam sayang,
{DR. Aimi Syahirah Ibrahim}

26 comments:

wan said...

may always,in Allah's love.we are nothing without it. :)

syukran 4 the wish!*blushing* :P

apos said...

setiap seorang daripada 1st batch usim yang berjaya jadi dr beberapa hari lepas ade cerita kegagalan masing2..ade yg cuma dpt 5a spm..n bila masuk tamhidi, takde ape2 jaminan pun utk amek medic sebenarnya..but we survived..utk dpt nikmat terbesar tak pernah akan dtg bergolek..u r stronger than others.belajar sume same..in fact, sape yg dalam tamhidi perubatan akan selalu rasa lebh selesa n rasa terjamin, padahal tak..n diorang akn ade tendency untuk drop..but keep believing, spm bukan jaminan cemerlang tamhidi..da proven byk kali..keep faith..insyaAllah, akan berjaya..=)..by the way, mira is the best person to advice u..sbb dia sendiri da alami semua tu..

ma0410 said...

aimiii,
really like tgis post.
it gives me a LOT of spirit.

just smile :)

wawa ;) said...

salam.
amy, miss u.

x nk ckp pjg2. cume nk bg ayt skit je. :)

"Allah selalu bagi hamba2-NYA yang terbaik. tapi kadang2 hamba2-NYA x sedar itu yg terbaik. dan mengubah menjadi sebaliknya"

so ape yg kte dpt. pokok pangkal sume kt kite. nk jdkn bnde tuh peluang utk berjya or tiket utk gagal.

rezeki kite belum smpi. sbb DIA syg kite. nk kite salu dekat. salu doa. salu mintak dgn DIA. salu mengharap pemberianNYA. DIA SAYANG KITA :)

Shima Hishamuddin said...

Amy, congrats ! :)
jangan bersedih, kakak amy dah kata kalau dpt result bgus boleh amek perubatan. just trust with yourself ok. :)

Hitori.Hakaru said...

Belajar rajin rajin, jadik doktor penyabar(tolonglah>>permintaan dari pesakit yg nak doktor cam Awak)

fathia azalin said...

thanks ;)

:) said...

Salam :)

Congrates dpat USIM. So you'll be my junior. HAHAHA. Padahal saya baru habis Tamhidi Syariah Undang Undang. Tapi sebab awak bakal Batch 2011/2012, can consider as junior la kan kan kan :)

First time comment stelah follow skian lama. Teehee ^^

Anyway, USIM best.

Gudluck ^^

WJuma Nailiah WMS said...

salam. nice!

=) akak baca semuaaaa apa yg aimi tulis.

u still da best one! b'syukur is harder than bersabar.

since akak pun tgh down sbb result final akk baru2 ni, so, nih nak kongsi apa Ustaz akk cakap:

"Barangkali yang tidak mencapai keputusan yang diharapkan perlu menilai semula usaha yang diberikan dan sentiasa yakin dengan peluang baru untuk masa depan. Tanpa harapan, kita tidak mampu melangkah menuju destinasi, dan tanpa kebimbangan, kita mudah alpa tentang hakikat kehidupan."

Kembalikan segala harapan dan kebimbangan itu kepada Allah.=)

Aimi Syahirah :) said...

Wan,
Hahaaaa sorry for not telling ya what was my upu result :) Dah tahu kann! heee. Welcomeee :DD

Abg Apis,
:') In sha Allah. In sha Allah. I'll do my best just like what you did ey. I'll be one of the next best generation like y'll ey. Rightio. Kak Mira adviced me, a lot. :') THANK YOU to you too.
Allah Bless both of you!
Hee ^^

Aimi Syahirah :) said...

Cik Zahraa,
Hee. I happy to hear that.
That's why i published it.
All the best ey!
<3

Wawa,
truly deeply exactly right.
:') Kita berjaya sama sama yaaa wawa. Lepas tu kita jumpe! heee <3


Shima,
In sha Allah :) Yesss! I'm not. I'm happy though. Hee Thank you shimaa. Selamat berjaya <3 <3

Aimi Syahirah :) said...

IR Afiqah,
Insha Allah :) Tapi tbe tbe macam cuak nak mampos takut tak boleh go on dengan physics? Hahaaa :p Doakan yeh!

Fathia Azalin,
Hey, my pleasure ;)

Kak Juma,
Allahh.. beratnya rase :( Doakan aimi yeh. Kalau bukan perubatan destiny aimi pun, aimi dah redha dah yang Allah has a better plan.
:')
Thank you for your sharing.
Inspired! :DD

Aimi Syahirah :) said...

Senior :),
Thank youuuuuu <3 <3 Heee tak sabar lah nak masuk USIM tbe tbe :D dekat dengan rumahh :)
Thanks ya senior!~
Susah ek tamhidi?
iskk

mimie said...

THIS! I'm proud :') All the best, InsyaAllah ♥

Zahra Ameerah said...

adik, dont know what to say. teringat waktu dan ketika 'itu'.

sungguh. HE wanna train us. Really train to be a tough MUSLIM. Bcoz ISLAM really need us.

Sebab tu kena jd kuat, kan, sayang ;')

ps: sungguh. akak nangis bace entri awk kali ni. adik, sila tabah ye. Akk syg awk. Allah lg syg awk..

Aimi Syahirah :) said...

Kak Mimie,
♥ ♥ Thanks for your all time support. Insha Allah! :)

Kak Ima,
I know you understand.
I know you really really do understand ♥
Thank you.
I'll do my very best.
Doakan saya istiqamah. Sekalipun nanti berubah cita-cita.
:')
Allah knows best kan.
Terima kasih kaka sudi baca post yg merapu ni.
PS. ^^

Nur Raihan Mahadi said...

assalammualaikum...
insyaAllah boleh jadi doktor..
cuma kita kena ada keazaman yang tinggi....saya pun takut untuk menempuh dunia uni ni....
tapi kan, ada senior2 kata kita boleh minta tukar course masa minggu orientasi, cuma kena isi surat nak tukar kursus la...

macam kawan saya,dia dapat asasi sains hayat uia, and insyaAllah boleh tukar course kut nant,dia pun ada cita2 nak jd doktor, so saya nasihat dia tukar course....

so harap2 awak dapat tukar course juga la atau awak teruskan niat untk dapat pointer 3.5 ke atas dan dapat masuk fakulti perubatan...

apapun, asasi hanya persediaan, x tentu lg boleh jd dok atau x?....
so, kita hanya perlu usaha di samping berdoa kpd Allah....amin...

btw,usim dekat ngan umah awak tapi sangat2 jauh drpd rumah saya....
hikmahnya, awak dekat ngan keluarga awak.....he...

Aimi Syahirah :) said...

Raihan,
:')

Terima kasih ya awak.
Semoga kita sama sama berjaya.
Kalau saya tak berjaya pun nanti, awak ada utk teruskan cita-cita tu.
Terima kasih.
Insha Allah.
Insha Allah, kalau ada rezeki saya.
Kalau diistiqamahkan keazaman ini, insha Allah kita bersama atas satu jalan. :')

Heyy, takpee rumah awak jauh, nanti saya bawak awk balik rumah saya. lepas rindu kat suasana rumah. hee!

pqazaty said...

aimi bleh =),aimi syahirah yg saye knal bkan jns org yg mdah ptus asa kan =)!
so all the best k kat sane =), jge diri dan iman..

luv u,
eyqa zaty

*saya semakin merindui kawan2 saya*

LiYana said...

tahniah aimi dapat USIM! tape aimi..awak bertuah tau..dalam beribu..berjuta..Allah pilih aimi..dapat USIM..sc & tech..tape..yang penting..aimi blaja btol2..dari kite tak dpt u..xdpt matrix..dapat fom6 je..tape.k? moga success tau!

Anonymous said...

kata-kata awak menguatkan saya, sebab itu lah saya tak lekang membaca blog awak even panjang.

yeah..walaupun hati tengah rapuh sekarang sebab hajat tak kesampaian untuk continue study dlm course yg diminati.
menangis tak berhenti.

thanks for this motivational post :D

adikk rindu kasut kuning :) said...

Aisyy.. sampai sini nama saya.. Malu2.. XD

Nur Raihan Mahadi said...

aimi syahirah, saya pun takut sebenarnya....
memang takut sangat....
mesti cabaran kat u nant lebih besar kan?...
eh, kadang2 Allah uji kita dengan jalan yang panjang tau, tapi kita akan tetap sampai ke destinasi yg diimpikan kalau ada usaha dan doa..
saya memang pernah alami semua ni....

so, chill up ok....kalau awak dah minat dan bersungguh-sungguh tu,insyaAllah berjaya...Allah akan bagi....
btw, cakap memang senang kan?
tapi x pe...kita usaha ok....
janji ilmu yg kita tuntut Allah redha...

FST USIM said...

Selamat Menjadi Warga USIM. Semoga allah berkati enti. Kami menunggu ketibaan enti
- mahasiswa FST USIM

Anonymous said...

enti, syukran!

wanoniss said...

tersentuh . .

sangat . .

n_n