Cikdoktor?

My Photo
Am beyond your expectations but ain't an extraordinary. Islam. Unavailable. Student; doing the best to be a doctor. Universiti Sains Islam Malaysia. Freelance Photographer. May-Taurus-Hardworking-Ambitious-Positive-Medicine-Pink-Hlovate-Cecelia-Patrick-Potter-Cullen-G.A-HB-LMH. Family is everything , friends is something yet soulmate, is both. A traveler whom Nikon-headed. Syahid is my final destination. Jannah is my living aim. Lillahita'ala. Happy Reading ey. May Allah Bless! :)

Nov 21, 2011

Biar alam menyaksikan

Bismillahirrahmanirrahim

"Dan Allah menumbuhkan kamu dari tanah dengan sebaik-baiknya, kemudian Dia mengembalikan kamu ke dalam tanah dan mengeluarkan kamu (daripadanya pada hari kiamat) dengan sebenar-benarnya."
(71 : 17-18)


Bila dia dah takde depan mata
baru terasa betul betul kehadirannya diperlukan

Bila dia dah terbujur kaku tanpa roh
baru terkenang jasa dan kebaikannya di dunia

Bila dia dah tak mampu nak mengukir senyum lagi
baru tersedar tanggungjawab sebagai saudara

Bila dah tergambar keperitan dan kesakitan pada raut wajah dia
baru tahu nak bertimbang rasa dan belas kasihan

Bila dia dah hampir tiada harapan untuk teruskan perjuangan di dunia
amboi bukan main canang satu kampung cerita sakit dia

Bila dia dah dijemput kembali kepada asalnya
bukan main makin galak dok mengata sana sini

Belum pun dikebumikan, apalah salahnya tahan nafsu nak mengata tu
Jasad tak bernyawa tu masih nampak lagi kerandanya depan mata, kenapa masih kesampaian untuk canang punca pemergian dia?
Memanglah sebagai pengajaran,
tapi ada matlamat itu menghalalkan cara?
Tak kena. Cara tu biar sesuai dengan masa, tempat dan keadaan.
Tunggulah sehari dua lagi
Biar tenang roh untuk menemui Ilahi
Biar habis redha hati-hati yang bakal merindui si mati.

Apa kata untuk hari itu saja kita pula cuba faham dan letakkan diri di tempat mereka
Apa kata untuk hari itu saja kita cuba bersangka baik dan berbuat baik dengan seisi keluarga si mati
Lantaklah orang nak cakap kita hipokrit sekali pun, sekurang kurangnya kita tak menambah kecelaruan dia dalam mengenang masa depan tanpa suami, bapa, isteri atau ibu.

Sedangkan mata yang melihat lagikan pedih
Apatah lagi tulang temulang yang memikul mungkinkan lebih perit

Marah, ya.
Geram, sangat sangat.
Kenapa susah sangat nak jaga mulut?
Cuba pergi dengar apa kata In Team dalam Bicara Kata.
"Kata ibarat pedang yang tajamnya bisa membunuh lawan.
Kata-kata yang BERHIKMAH menyedarkan kita.
Kata madah pujangga bisa menjadi pedoman manusia.
Jagalah bahasa kata kita, jangan disalah guna."

Macam mana nak ukur keikhlasan kita kalau badan mengikut, mulut tak berhenti mengata?
Ya, aku muda lagi. Baru lapanbelas tahun belajar erti hidup, itupun masih belum jelas.
Tapi sekurang-kurangnya jagalah adab dengan si mati.
Takziah tu semua sia-sia kalau hati kosong tak rasa apa.
Melihatkan si ibu yang tak henti-henti mengesat hidung dan air mata pun aku sudah tak sampai hati nak cakap apa-apa.
Inikan pula nak menyalahkan cara hidup mereka saat itu juga.

Tahu apa rasa orang yang hilang tempat bergantung?
Blank. Kosong. Tiba tiba infiniti perkara yang perlu difikir dan diselesaikan.

Kalau tak pernah merasa, lebih baik diam.
Siapa kita nak ukur antara kita yang mana lebih tinggi darjatnya di sisi Allah?
Tak layak. Maka, bersangka baiklah. Maka, bersabarlah dan maafkanlah. Maka, tegurlah secara berhikmah. Maka, ikhlaskanlah. Maka, betulkanlah niat dan cara. Maka, terimalah dengan hati yang lapang. Semata-mata kerana mengharapkan keredhaan Allah.

Sebab itu aku diajar dan masih belajar untuk kuat
dan tenangkan sabarkan bersamalah dengan orang orang yang kehilangan
Ingatkan dia tentang Tuhan tentang bagaimana bahagia dan selamatnya kalau satu-satunya tempat bergantung harap kita hanya pada Tuhan
kerana Tuhan tak pernah meninggalkan kita
walau sedetik.
Ya, walau sekilas.

Hari ini hari mereka,
mungkinkah sejam dua lagi tiba giliran kita?

Haihh.
Makin lama aku keluar belajar bagaimana hidup ini dicorakkan
Makin banyak aku bersyukur dipilih oleh Tuhan untuk memahami isi kandungan Al-Quran dan Al-Hadis
Makin banyak aku bersyukur kerana dihantar ke sekolah agama dan universiti Islam
Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah

Sekurang-kurangnya aku tahu yang aku boleh menjaga diri dan adab bila perlu
Walau aku langsung tiada keyakinan dan jaminan untuk kuat menghadapi hidup kalau rang tua aku yang pergi dulu
Walau aku memang pasti bahawa aku belum langsung bersedia untuk menghadapi keadaan sebagaimana sepupu sepupu aku hari ini
Walau aku memang belum cukup puas bersama orang-orang terpenting dalam hidup aku

Sebab itu aku tak jemu berdoa supaya Tuhan berikan aku masa yang cukup untuk aku bersedia dan belajar hidup sendiri andai Dia mahu mama abah atau adik-beradikku kembali kepada Dia.
Doa supaya mereka dipanjang umur dalam kebajikan dan amal atas agama

Hari ini sangat menginsafkan.
Ya, ini pertama kali aku sendiri berpijak atas tanah tanah becak bekas hujan hujan untuk merasai aura kematian
Pertama kali aku sendiri melihat betapa lajunya mengalir peluh peluh pahala penggali penggali kubur dan saudara mara
Pertama kali aku sendiri merasai bahangnya matahari ke atas tanah tanah berpenghuni itu
Pertama kali aku sendiri mendengar bacaan dan bait bait kata Imam sebagai pesanan terakhir kepada sang roh
Pertama kali keluarga terdekat pergi meninggalkan
Pertama kali dalam lapanbelas tahun ini aku mampu membayangkan dengan jelas perihal kesempitan dan keseorangannya arwah dalam kegelapan timbusan tanah
Ya, pertama kali.

:'(

Al-fatihah buat arwah Zulkafly bin Kassim yang selamat menghembuskan nafas yang terakhir pada jam 3.00 pagi tadi, 21/11/2011. Semoga arwah ditempatkan bersama golongan yang soleh. Ameen.
[Al-faaatihah]


PS. Saya suka gentleman yang tak kisah berpeluh depan sesiapa atas dasar pahala dan amal. Kalau boleh saya nak my gentleman yang boleh cangkul tanah, boleh angkat jenazah, boleh mandikan jenazah, boleh dan boleh dan boleh. Berkebolehan lah senang cerita. Ameen

Maaf kalau ada salah bahasa.
Assalammualaikum.
{Aimisya}

2 comments:

«Mira» said...

Innalillahi wa innailaihirojiun..

«Mira» said...

Innalillahi wa innailaihirojiun..


Insha Allah. Biar rasa cinta ini kukuh buat sang Pencipta cinta, barulah akan ku relakan masa menemukan aku dengannya :)