(#np Takbir Raya)
Bismillahirrahmanirrahim.
Tiada satu pun yang mampu menggugat keimanan dan ketaqwaannya kepada Sang Pencipta
Tiada satu pun yang mampu meracun kesanggupannya mentaati perintah-perintah kebenaran
Dan berlalulah iblis tatkala tiada hasutan hasutan jahat yg termakan oleh ketiga-tiganya (Ibrahim AS, Ismail AS, Siti Hajar)
Yang ada hanya jihad yang menuntut pengorbanan atas nama Tuhan
Yang tinggal cuma kerelaan hati yang suci demi mencari keredhaanNya
Lalu berkatalah mata pisau itu : “Wahai Ibrahim, engkau mengatakan ‘potonglah’ sedang Tuhanku berfirman: ‘Jangan engkau potong’. Maka bagaimana aku hendak mentaati engkau, sedang aku harus menderhakai Tuhanku?”
Maka turunlah Jibril AS menyampai berita gembira bagi orang orang bersabar.
Dan sehingga kini, Allah hadiahkan kita hari ini, hari yang menguji sejauh mana pengorbanan kita demi Tuhan.
Selamat Hari Raya Eiduladha. Salam mujahadah.
*senyum*
____________________________________________________________________
"Dan semester satu pun tamat."
Belakangan ini makin kerap terjumpa laman laman yang puitis nadanya romantis.
Rupa rupanya manusia lebih banyak tertarik dengan hebahan yang semacam menjentik tangkai hati. Yang tulisannya ditulis pakai dakwat hati. Straight dari hati. Dan original dari jari sendiri. Tapi paling penting, ditapis dengan akal. Terselit satu dua lebih kalam Tuhan. *Noted.
Hidup di universiti memang lain dari sekolah.
Memang lain sangat sangat. Sepanjang semester satu ni dah macam macam tragedi tak setanding dengan pengalaman dekat sekolah. Dah macam macam ragam orang yang aku terjumpa. Itupun kalau ikutkan belum cukup banyak. Terkejut memang adalah sikit. Lagi lagi bila universiti kau dah bukan universiti budak budak KL macam sekolah kau dulu kan. Lagi lah macam macam. Cuma ada satu persamaan. Agama :)
Ya, Agama.
Sarkastik. Memang. Kenapa aku macam lancar diskriminasi sangat dengan budak yang bukan asal KL?
Haha. Takdelah, aku suka berkenalan. Lagi lagi dengan orang yang aku boleh belajar bende baru. Cumanya aku dah serik sikit. Sakit bila kita punyalah asyik nak buat baik, tapi dia? Layan macam kenalan tepi jalan. Layan macam sombong tak nak kawan. Apa lagi yang kau nak tunggu bila semua bende positif dah kau layang dalam hati, tapi still, apa yang kau dapat hanyalah perkara perkara bercas negatif yang terlalu banyak. Memanglah positif positif tadi tu akan jadi limiting factor kan. Tapi jangan risau, kemaafan aku selalu ada untuk neutralisekan semua tu.
Tapi itu lah, kalau aku nak buat sombong bila bila jeh aku boleh rasanya. (baca : bila bila jeh.)
Cuma kita ni hidup bermasyarakat. (cehhhwahhh) Dan aku, sangat tak reti untuk bersombong dengan sengaja. Biar ada timbang rasa dan tolak ansur. Buat baik sesama insan kan salah satu daripada Habbluminnannas yang kita kene jaga?
Baru Allah suka.
Baru Allah pandang.
Plus, what you give is what you will get back, remember?
Semester ini, aku banyak jumpa orang yang semacam tak pernah hidup dengan ada orang lain di sekeliling. Main aci redah ikut suka hati dia. Sampaikan terkadang aku rasa nak menyorok dalam gua. Biar orang tak jumpa-jumpa. Supaya bila aku keluar dari gua tu nanti, aku boleh jadi orang lain yang tak hiraukan sekeliling. Hidup untuk diri sendiri. Biar orang ingat aku dah lain sebab bertapa dalam gua. Hahaha. Baru boleh hidup aman bahagia. (Ye ke?)
Tinggi tak imaginasi!
kahkahkah.
Okay fine.
"Belajarlah menghargai kehidupan. Esok lusa kita mungkin mati."
Itu kata dia, seseorang yang aku kagumi. Dan kata aku pula, belajarlah menghargai teman. Esok lusa kita mungkin bersendirian.
Memang.
Memang aku sarkastik sekarang ini. Bak kata my senior, "Kalau duk asyik nk jaga hati org, smpai kesudah tak siap assignment." Huhuhu. Jaga hati sendiri lagi baik kan, tak payah asyik makan hati jehh.
Dan aku dah ada life planning untuk hidup dengan lebih tenang semester dua nanti.
Insha Allah, i'll be fine. Allah is always by my side, insha Allah.
*senyum*
Dengan tamatnya semester satu ini, aku selayaknya hanya layak memohon kemaafan yang tak terkira.
Kerana aku gagal jadi ketua rumah yang baik, kerana tak selalu ada di rumah.
Kerana aku gagal jadi roommate yang disenangi oleh roommatenya.
Kerana aku tak mampu jadi classmates yang memuaskan hati kawan sekeliling.
Kerana di akhirnya aku tahu ada yang tidak senang dengan aku, aku yang semacam tak sudi nak berkongsi ilmu. Walaupun aku tekad menyedapkan hati bahawasanya semua tanggapan itu kontra, anti dan auta semata-mata tentang diri aku, aku boleh buat apa? Tak semua orang suka dengan cara kita kan. Dan paling penting semester ini, tak semua orang biasa dengan kita. Cuma, kepada yang punya anggapan begitu terhadap aku, aku mahu jelaskan bahawa aku bukan tak mahu mengajar, jauh sekali tak mahu layan, tak pernah timbul isu "macam tak nak ajar" dalam hidup aku selama ini melainkan yang satu ini. Mungkin ketika itu aku tak sedar dan dipengaruhi keadaan sekeliling. Mungkin masa dan dengan mood yg tak sesuai. Dan ya, aku nak tegaskan, aku bukan sehebat kauorang. Malah aku langsung tak hebat. Apatah lagi layak untuk menebar ilmu yang boleh dibilang dengan jari ni.
Maafkan aku. Ya?
:)
Dan maaf, kerana di akhir semester ini, aku tak mampu membina ukhuwah seperti yang aku pegang dengan sahabat sahabat SMAKL dulu. Aku tak mampu nk pertahankan hati yang mesti selalu bersangka baik.
Tapi, aku benar-benar berharap bahawa aku berjaya menjadi housemate yang baik.
Menjadi penolong ketua kelas yang baik.
Menjadi teman bicara yang baik.
Menjadi pendengar yang baik.
Menjadi ahli kumpulan yang baik.
Menjadi penghibur dan penasihat yang baik.
Dan aku nak kauorang tahu, aku dah berusaha untuk menjadi lebih lebih baik.
Tapi takpe kalau takde orang nampak, asalkan Allah selalu nampak.
Kan?
#Ingatyaa, Ikhlaslah dan jujurlah dalam berteman.
Tuluslah dalam berjuang bersama-sama.
Mengertilah bahawa kita ini tidak dicipta dengan erti hidup yang sama. Maksudnya, hati kita lain-lain tapi tak salah kan kalau kita saling melengkapi?
:')
Namun, ada satu perkara yang di akhir semester satu ini sangat manis dan penawar bagi luka luka yang tak nampak pada hati ; kematangan yang setanding usia.Alhamdulillah. Tak sabar rasanya nak jadi lebih matang dari sekarang!
Hmm It's time to move on. To look forward for a better destiny.
We can never pleased everybody, ey?
Can never.
Yeah and that's why, life is not always easy.
#Ishould re-read Hlovate's. I'm like seriously lack of motivation lately. I shall recover and recharge my inner spirit before my second semester begin. Insha Allah.
Oh yeah , I'm so excited to go for the currently hot upcoming teater - Badai Semalam. Because it will be presenting my so called favourite actor and actress! Haha. Anyone coming with me? Let usss. Jom kita book hari dan masa yang sama jommmm. Nak ajak pakwe tengok teater, dah takde pakwe. Nak ajak bekas pakwe, nanti isteri dia marah pulak. Alahai Rosyam Nor ku ~ ASK terbaik lah awak! Hee. So nak buat macam mana, ajak lah kakak saya tu kan. Hihihi. Kalau boleh tengok dengan suami laaaaaaagi awesome ek. =="
Okay fine.
Ambo gurau jahh abe ngoh wey. ;)

This is the poster of the teater :)
She's soooooo handsome? HAHAHA.
I loike this picture so much :))) Afiqah, Sejak bila lagi comel daripada kte nih? :p
#Abaikan bengkak mata yang sangat teruk tu.

And this moment, LOVEYDOVEY.
Meet my best friend, Raihana Nadhira Rafidi.
Ilysm & Imydm. Really really hope to spend much-more-longer time with youuu.
May Allah bless.
#yes I'MTOOSMALL, that's why I prefer tall guys. Haha.
Alhamdulillah. Kepada Afiq@Jambu, mudah-mudahan semangat dan ikhlas itu diberkati Allah dengan dimudahkan segala urusan utk program Mega ini nanti biiznillah. G double O D J O B. Tenang jeh rasa dapat jumpa awak semua :)
Ayu, Nailah! Wani, Shafa, Ummu, Afiqah, Iya, Aishah, Ain, etc etc.
[Budak USIM & BM & Nilai apatah lagi kann. Hehe]
Tuhan, Kau pandukanlah hati-hati kami kepada jalan ketaqwaan dan kekuatan agar terpandulah kami di pentas dunia ini memegang watak-watak utama dalam perjuangan keranaMu.
"Insya-Allah, FILLAH." :)
____________________________________________________________________
Ya Allah, jemputlah aku, keluargaku dan semua yang sedang membaca ini ke baitulMu suatu masa nanti ya Allah. Aminn ya Rabbal `Alamin.
Salam EidulAdha,
Moga pengorbanan kita untuk Islam lebih berganda-ganda selepas ini.
Let us be a better muslim and muslimah. The best mukmin and mukminah. Soleh and solehah fi dunya walakhirah. Insha-Allah.
Salam EidulAdha,
Moga pengorbanan kita untuk Islam lebih berganda-ganda selepas ini.
Let us be a better muslim and muslimah. The best mukmin and mukminah. Soleh and solehah fi dunya walakhirah. Insha-Allah.
Enough said, Maaf zahir batin.
10 Dzulhijjah 1432 H.
{Aimi Syahirah Ibrahim}
10 Dzulhijjah 1432 H.
{Aimi Syahirah Ibrahim}

8 comments:
Ehh Raihana tu Dian kenal! Hihihi. Keep on writing Amyy, Im your big fan :D
Whatt? Seriouslyy?
She's my bff :))))
Oh yea she's taking law in iium tooo.
No wonder! Heheee.
Thank you so much, D.
XOXO
jeles yu x dpt pergi semlm.
rindu mereka jugaa!
untunglaa~~
haha :D
nailah semakin cantik yaww
miss them so much
ha'ah laaaa,
asal tak dpt pergii?
:DD
No doubt.
:)
salam...
amin...insyaAllah..moga2 kita juga mampu menjadi tetamuNya kelak..^_^
love u all so much :')
[seriously nk nangis]
soalan 1: mana saff?
soalan 2: kenapa mushi dah tinggi?
ulasan : ahh adik2. kalian sangat comel. jangan matang sangat. nanti tak comel :p
Kak Aisya Zainal,
hee saff takde time nih :)
Huhuhu thanks sis!
Post a Comment