Ku sangkakan gerimis yang membawa rindu dari jauh
Rupanya bayu dingin pagi ini
yang memahat
sejuta erti
Dan seminggu pertama pun berlalu
Membawa sangkaku tentang
hari sepi akan tinggal sepi
rupanya semakin hidup semakin sukar
semakin hidup semakin kabur siapa teman, siapa lawan
tapi aku tidak mahu lupa
tentang mungkinkah ada bahagia esok
yang mampu
mewarnakan sepi itu menjadi satu erti
Erti bahawa dihadirkan sepi
agar aku kembali mencari identiti
dan ke mana sebenarnya hendak aku arahkan kehidupan.
Ketika itu dialah saksi
tentang percayanya hati
bahawa Tuhan itu tidak akan
biarkan pahit terus pahit.
walau ada terselit sedikit manis
yang mungkin di celah celah kabus putih
yang mungkin akan terus menutup birunya langit
namun
harusnya dicari,
kerana kau pasti tahu
manis yang walau dikit itu
mampu membuat manusia lupa
pada pedasnya cili api.
apatah lagi bila basahnya alis mata
akan keringlah nanti
pulanglah serinya..
Saksi itulah bayu.
Cumanya kali itu bayu malam
yang rupanya memberi petanda gerhana sang bulan.
Supaya aku tidak lupa
maka aku coretkan
tentang cerita kelmarin yang sunyi
yang menyedarkan gadis kecil ini
kembali kepada Ilahi
kepada fitrah manusia mencari Dia
pabila kelam dan payah.
syukurlah sekarang,
telahpun aku relakan lara itu pergi
tertimbun dek gembiranya hari ini
demi melihat sinar mentari esok
demi membawa hati pulang ke fitrah yang satu lagi
fitrah yang selalu
inginkan bahagia.
Dan hari ini
dengarkan bicara cinta.
Sungguh
kalau hati tiada cinta
masakan rembesan adrenalin tadi
tak mampu dikawal
lagi dikata berhentilah debar
lagi debar rancak menari-nari
bayu pagi yang dingin itulah saksi!
hingga ada lagi masa untuk aliran ikhlasnya rasa
yang ditahan tahan ini mengalir lagi,
hingga kau sudi berdiri di sebelah gadis comot ini lagi,
aku ucapkan terima kasih!
biarlah hati walau tak pasti
tentang adakah bahagia ini
bakal bertandang bertahun lagi,
setidak-tidaknya
jasad tidak akan meninggalkan tabiat hari ini sia-sia
tabiat yang terbit kerana manisnya keikhlasan rasa rindu
tabiat yang buat semua orang bertanya kenapa,
; senyum sehingga ketaranya bahagia..
Esok aku pasti senyum lagi!
Percayalah bayu pagi.
Kita senyum sama-sama, ya?
~AimiSyahirahIbrahim
:111211.
*************************************
Mungkin sampai awan hitam bertamu lagi
atau sampai kekuatan hilang arah
atau sampai iman minta dicas semula
Tuhan,
izinkan aku terus hadirkan semangat
yang aku kumpul sebulan lalu
semangat yang satu-satunya peneman aku
di sini
semangat yang hari-hari
perlu ada tiap kali Kau bangunkan aku
agar aku tidak lemah
andai terpaksa berjalan sendiri lagi
Tuhan,
asalkan Kau tetap ada
sungguhpun mereka pergi
biarkan aku tetap di sini
denganMu. dengan setianya aku
pada cita-cita keranaMu
kerana destinasi aku dan mereka perlu berbeza
walau landasan kami sama.
Tuhan,
terima kasih untuk hari ini.
Hari yang kau hadirkan bayu pagi tadi
sedingin rasa hujan
di balik rimbunan pepohon hijau
yang masih aku mampu rasakan kesegarannya
yang masih aku rindukan
yang waktu itu kau temukan aku
dengan pengalaman yang walau pada hayat lain takkan ada
kalau bukan dengan izinMu
kalau bukan di tapak kem yang tidak akan sama dengan kem lain itu.
Istimewanya
Hari ini sama dengan hari itu
Bayu dingin pagi ini
Mungkinkah yang sama dengan petang itu?
yang mungkinkah menyampaikan salam dariMu
agar aku terus gembira dan tenang
dengan hanya mengingatiMu
dengan tetap sujud
bersyukur atas rahmatMu
bermuhasabah dengan ujianMu.
:')
Terima kasih duhai cinta.
Sudikah kamu menunggu aku
seperti Patrick menanti Spongebob?
kerana aku..
mungkin
akan
setia seperti Ainul Mardhiah.
:')
insya Allah.
**********************************
Ayuh, kembali berjuang!
Minggu kedua bermula esok
Dan aku pasti habiskan hingga tercapailah matlamat asal ini.
Terima kasih kerana sudi doakan aku..
Teringat pesan abah sewaktu menghantar makan malam aku. Katanya tiba tiba : "Kuatkan semangat adik. Nak jadi doktor kene kuat semangat." Seperti tahu waktu itu semangat aku luntur. Tapi kerana manisnya hari ini, aku pertahankan semula :) Cita-cita ini cita-cita agamaku. Biar aku menjadi salah seorang pejuang mencapainya, demi bangkitnya agamaku semula.
Nanti aku tulis lagi .. ya.
PS. Aku masih mencari Spongebob yang sesuai untuk menemani Patrick aku! Huhu :)
Assalammualaikum!
{Cikdoktor}
{Cikdoktor}

0 comments:
Post a Comment