Cikdoktor?

My Photo
Am beyond your expectations but ain't an extraordinary. Islam. Unavailable. Student; doing the best to be a doctor. Universiti Sains Islam Malaysia. Freelance Photographer. May-Taurus-Hardworking-Ambitious-Positive-Medicine-Pink-Hlovate-Cecelia-Patrick-Potter-Cullen-G.A-HB-LMH. Family is everything , friends is something yet soulmate, is both. A traveler whom Nikon-headed. Syahid is my final destination. Jannah is my living aim. Lillahita'ala. Happy Reading ey. May Allah Bless! :)

Dec 24, 2011

Random questions, silly acts, but to do together, that's when friends are like family.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dan minggu ketiga pun berlalu dengan baik sekali. Seperti rintik rintik hujan semalam yang berakhir dengan titis titis embun petang ini. Huhu. Entah apa kaitannya, aku pun tak pasti. Hahaha

*senyum nampak gigi*

Aku tak sangka kehidupan fasa kedua aku kat Tamhidi USIM ini akan aku tinggalkan dengan sebuah pengalaman yang manis juga. Sangkaku, belajar setahun sampai lebam, skor pointer tinggi lepastu blah. Rupanya betullah, kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Walaupun tidak semanis kenangan berkem hampir tiga bulan di PDS Resort dulu, namun tiga hari dua malam yang lepas itu aku rasakan sengaja direncana oleh Tuhan supaya aku boleh bayangkan masa depan yang positif dan indah indah sahaja.

Bak kata motivator En Osman Affan, kata beliau, menurut kajian sains, kalau kita nakkan sesuatu, kita kene bayangkan yang kita dapat perkara tu. Sama juga dengan doa, kalau kita nakkan sesuatu, kita kene doakan yang baik baik, contohnya macam, "Ya Allah, berikanlah aku 4 rata dalam peperiksaan semester dua nanti." bukannya seperti ini, "Ya Allah, janganlah Engkau berikan aku kegagalan.." Nampak bezanya? :) Jadi, kalau aku betul-betul inginkan kehidupan dan suasana belajar yang baik bersama kawan-kawan baru dekat Pandan nanti, insyaAllah, maka aku kena bayangkan kehidupan itu ~

Dan untuk dapat bayangan itu, aku kenalah sekurang-kurangnya kenal dua tiga orang antara mereka, tahu bagaimana mereka berinteraksi, cara hidup, cara kerja, cara cakap, cara bekerjasama dan lain lain. Jadi, alhamdulillah. Allah sengaja beri aku peluang ini agaknya. Peluang untuk kenal dengan bakal coursemate next year biiznillah. Ye lah, selama ni aku cuma pandang dari jauh, tumpang gembira dari jauh, senyum sendiri dan tanpa sedar ada rasa untuk mengenali. Dan rasa itu termakbul :) Baiknya Dia! Sungguh. Sayaaaang Allah sangat sangat. Aku tak perlu risau lagi. Aku ada Keyya, Pai, Tenad, Wajiihah, Hamizah, Izzati, Solehah, Ain Fatimah dan lain lain :) Insya Allah, andai ada rezeki di sana, sampai jugalah aku. Andai tiada pun, ada rezekiku di tempat lain pastinya!

He's our leader. Kucai orang panggil. Dengarnya suka tidur tapi genius. Huhu. Buat kerja pun bagus. Boleh main-main dan serius dalam satu masa. Gila susah nak dapat gambar dia, konon tak sukaa bergambar :p Gaya dia memang macam Sir Arho!


Ya, program 3 hari dua malam itu namanya Selangkah ke Usim. Motifnya sangat jelas, promosi USIM kepada budak budak lepasan SPM yang belum dapat result, yang masih sangat excited lagi untuk bercuti, yang akan bergosip pasal nak isi borang UPU nanti nak bubuh Universiti mana dan sebagainya. Istimewanya hanya melibatkan students dari sekolah-sekolah angkat USIM. Tapi sayangnya sekolah aku is not one of them lahhhh. En Asfhan kata hari tu, kalau nak jadikan Smakl sekolah angkat USIM, pergi jumpa pengetua dan setkan satu program untuk pihak USIM datang dan buat talk pasal course atau university life kat USIM. Kalau succeed and dapat sambutan yg ramai, baru Smakl akan tersenarai jadi sekolah angkat USIM. Huhuhu.

Dan yaaaaa, aku sangattlah 'rajin' untuk pergi ke sekolah semata-mata demi menjadikan smakl sekolah angkat usim. Haha kalau Nilai dengan KL macam Giant dengan Tesco tu haa takpe lagi. :p

Hmm, inilah program pertama di usim yang aku terlibat sebagai pekerja bukan peserta. Each one of us diberi seorang adik angkat untuk difacilitate dan sebagainyalahh. She stayed in my room, followed me to class, be right by my side, did activities together and yada yada. We act as 'Buddy' lahh senang cerita kan. Teringat aku kat 'buddy' aku dulu masa kat PDS. Nama dia Rani, a tall and kind Indian girl. Kompeni Bravo. Huhu.

Back to the programme, paling tak boleh blah, sehari sebelum dan pagi hari pendaftaran tu classmates, lecturemates sume macam pakat dok tanya aku 'Mana adik angkat'. Sengal betol depa nehh. Depa pulak nampaknya yg macam tak sabar-sabar nk tengok adik angkat aku tuh. Haihh dah lah tak pernah ada adik angkat secara rasmi. Ini nakjadi facilitator merangkap kakak angkat merangkap Buddy pulak? Hahaha. Selama ni kerja dok belakang tabir dengan krew Miraeyu (Aimi, Ram, Syae, Ayu). Sekarang bukan aje blkg tabir, terpaksa dok depan tabir sekali.

Tapi alhamdulillah, aku rasa aku boleh bagi award Aiskrim lah kat diri sendiri sebab succeed jadi Buddy yang baik dan comel. Ye ye ye ye ye (Gaya Sir Arho) , aku memang perasann kann so what? :) Aku rasa sifat penyayang aku nih kalau tak dicurahkan dalam program program macam ni, kat mana lagi kann. Nak tunggu jadi paediatrician, macam lama lagi. Nak tunggu jadi obgyn punn, lamaaaa lagi. Huhu. Nantilah aku decide either dua tu ya.

My little sis tu, from SMKA SHAMS :')

Memang aku dah agak dahh mula-mula. Malam sebelum hari pertama lagi aku dah dapat rasaa aku dapat budak SHAMS. Instinct aku nehh kuatt. Kan Abe Ngoh? :D Well, takde kaitan dengan kisah lama yaa. Dah berbulan aku kuburkan 'nur' itu. Qila and Adik, if you read this, I bet you're the only one yg faham. Huhu. But nak dijadikan cerita, when I told my lil sis tu about SBK, guess, she immediately said in an excited and suprised way, "Hahh, Akak kenal dia? Wahh!" Not to tell you guys, she added "Dia tu baik kannn. Muka orang beriman sangat sangat." And plus, when I said I'm his friend, she quickly replied me, "Ehh, dia kawan jugak dengan perempuan... Ingatkan dia menjaga sangat."

Yeah, typical. ==" Manusia nih cepat aje cari kesalahan manusia lain. Lebih-lebih lagi kalau orang baik-baik, beriman, soleh, solehah nih. Dengar jeh yang dia berkawan dengan lelaki atau perempuan ajnabi.. Punyalah terkejut, macamlah berdosa gila perkara tu. Come on lah people, there's no such thing as that. Aku cepat cepat cakap lepas tu yang SBK is SBK. Dia memang menjaga sangat sangat. Dia memang thiqah. Dia syadid bab pergaulan nih. Tapi dia professional bila bekerja dgn perempuan. Dia boleh je jadi kawan, tapi banyak batasan. So I kinda like warned her not to assume too fast.

Seems like I really know him kan. Yeah, once, long before I understand why he did not want to contact if there's no important or urgent things to ask or to tell about. Then until now, I still have much respect towards him. I still pray for his success and happiness, I still hope he's still like the way he was. And deep inside, though I still want to be his friend, I still want him to be the first to ask 'How are you' to me. Huhu. May Allah bless you, SBK.

Alright. Move on and let us get back to my story of the 'One Step to Usim' programme. That night, before we start this programme, we had a long meeting to discuss and confirm our LDK and so on. And yeah I won't forget that night because malam itu, aku tersedar untuk keluar dari kepompong fikiran yang lama. yang terbuka, tapi sangat kecil. Terima kasih Amar or Aman or whatsoever your name is. He's one of Tamhidi Medic's student. Huhu.

Malam itu, kami bincang lama pasal LDK kedua. Dan akhirnya bersetuju dengan satu LDK yang namanya, kalau tak silap aku, 'Lilin, Batang Mancis dan Penggesek Mancis.' Aktiviti ini, lilin, batang-batang mancis dan penggesek mancis tu akan diteraburkan dekat area empat segi dalam gambar di bawah nih. Peserta dan Buddy akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil, jadi ada beberapa lah tapak square. Peserta akan diminta menutup mata dengan kain, Buddies pulak akan dibahagikan kepada Buddy Baik atau Buddy Jahat. Buddy yang baik akan mengeluarkan arahan kepada peserta untuk capai mancis, lilin dan penggosok untuk menyalakan lilin itu di atas kerusi di tengah tengah tapak square masing-masing. Buddy jahat, of course lah, akan kacau sampai gagalnya usaha adik-adik dan buddy baik.

Pada mulanya, idea pencadang sebelum procedure yang sebenar di atas ni dipersetujui, sedikit serabut. Nampak crowded dan dibayangkan seperti sangat sukar di mana adik-adik lelaki akan berada di luar tapak square, memberi arahan kepada adik-adik perempuan. Aku bersuara untuk katakan, "Apa kata Buddy yang bagi arahan tu? Sebab kalau yang beri arahan tu adik-adik jugak, macam susah jeh. Sebabnya dorang duduk sini tak sampai sebulan pun, nak beza suara member yg akan jd baik dengan member yg jahat macam impossible jeh. Bukannya dorang dari satu sekolah. Plus, kalau satu tapak square jeh, tak ke nanti macam ramai gila kat tengah tengah tu, dan ramai gila kat luar yg bagi arahan, memang takkan berjaya lah nak nyalakan lilin."

.....

Logiknya, apa yang aku kata tu memang tepat.
Dan akhirnya, procedure pun berjalan setelah apa yang aku katakan itu dipertimbangkan. Buddy bg arahan, ada beberapa tapak square, boys and girls asing. Tapi yang sangat terkesan dalam hati aku malam itu, apabila Aman or Amar tu kata, "Sebenarnya kita buat aktiviti bukan untuk berjaya jeh. Kita buat aktiviti supaya bagi kesan dan kesedaran dalam diri tentang pengajaran daripada aktiviti tuh. Kalau dorang tak berjaya, mestilah lagi terkesan. Kita bukan nak bagi dorang berjaya. Biar dorang gagal lepastu muhasabah. Yada yada yada"

.......
Aku terdiam selepas itu. Cuma biarkan kepala angguk angguk kecil.
Ikutkan logik akal, aku boleh jeh bidas semula bahawa tak semestinya kalau berjaya, tandanya tak terkesan dalam hati. Kalau perkara tu susah nak dilaksana, tapi akhirnya berjaya, memang confirm lah bagi impak yang lebih besar daripada kegagalan di akhirnya.
Tapi hati aku lebih cepat manipulasi kata-kata dia.

Betullah, bukan semua perkara perlukan kejayaan yang zahir. Kadang-kadang kita perlukan kegagalan supaya kita lihat ke belakang, cari di mana silap kita. Selama ni yang kita selalu setkan dalam kotak fikiran, mesti nak berjaya, mesti berjaya. Sebab itu kalau gagal, kita kecewa. Sedangkan usaha dan muhasabah sepanjang perjalanan menuju kejayaan itu yang dihitung Tuhan.

Walaupun sebenarnya aku bukan seorang yang tipikal yang kalau berjaya happy, tak berjaya down gila, dan aku positif bahawa kegagalan bukan beerti penghabisan malah aku pegang gagal sekali bukan bermakna gagal selamanya.. tapi malam itu... Malam itu dah menyakinkan aku bahawa tak semua perkara kita perlu berjaya untuk gembira. Success is not always necessary. Kata-kata dia semacam mengetuk cermin nipis yang dah lama melindungi fikiran kebudak-budakan aku. Dan cermin itu sudah pecah, alhamdulillah!

Terima kasih Allah :)

Hmm. Aktiviti nyalakan lilin nih memang bagus betul. Cuma bahaya tu memang lah kan sebab bermain dengan api. Tapi insya Allah kalau dengan niat dan cara yang betul, Allah selalu lindung. Aku tak sangka dorang pacak nama aku jadi Buddy Baik. Maknanya aku kena bagi arahan yang betul lahh. Dan sebelum mula tu, aku dah siap pesan sungguh sungguh kat adik-adik kumpulan aku supaya cam dan ingat suara aku. Bukannya susah sangat kan. Suara aku kann macam kartun sket. ==" Orang kata lembut, tapi lantang. Lembut, tapi garang. Lembut, tapi bukan calang-calang. Macam mana tu? Haihh. Asal takde orang cakap lembut dan sopan jeh. Hahaha.

Dan yaaa, aku sangat bersungguh-sungguh malam itu. Aku betul-betul enjoy jadi Buddy Baik dengan Wajiihah. Aku nak tengok adik-adik kumpulan aku berjaya nyalakan lilin. Pertama kali cubaan, nyalaan mancis dorang terpadam lepas 6 saat masa teraba-raba nak nyalakan dekat lilin. Kali kedua, dah hampir berjaya, tapi abang-abang Buddy Jahat tuhh dok kacau, terpadamlah mancis tu. Dan alhamdulillah kali ketiga, berjaya :) Selepas aku rasa mereka dah hampir berputus asa.. Selepas aku sendiri kepenatan tak bersuara apa. Bangganya tak payah cakap! Kalau aku jadi mereka, mmg aku bangga dan bahagia. Dahlah api tu panas, dengan tutup mata lagi.. Memang kalau tak fikir panjang, tak pandang jauh, akan rasa impossible lah!

Aku rasa kalau aku jadi peserta, memang aku give up. Dah lah aku takut api. Sebab tu sampai sekarang aku nak masak pun berat hati. Hihi. Alasan tak boleh pakai kan.

Dan di akhirnya itu, kami ajak adik adik duduk di keliling kerusi dan lindungi api mereka dari angin supaya tak terpadam. Masing-masing keluarkan kata-kata untuk diserap dalam jiwa adik-adik.. Aku juga berkata banyak perkara waktu itu. Aku ingatkan diri aku dan adik-adik, bahawa, "sungguhpun kita tak nampak kelebihan dan kebolehan kita, tak nampak apa yang ada di depan mata, jangan rasa kita tak boleh buat. Belum cuba, belum tahu kan. Sama juga dengan nanti bila dapat result SPM, sekalipun tak dapat straight A's, tak dapat apa yang adik nak dan targetkan, jangan lupa, usaha-usaha adik-adik yang takde orang perasan, segala penat lelah tungkus lumus yang adik dah sehabis daya lakukan untuk buat yang terbaik dalam SPM itu pun juga sebuah kejayaan. Usaha-usaha yang kita sendiri tak nampak itulah sebenarnya permata. Kerana semua itu menjadikan adik-adik lebih fokus dan berani untuk yakin diri. Dan semua itu hanya Allah jeh yang nampak walau adik-adik sendiri dah lupa usaha adik setakat mana. Ingat, Allah selalu nampak dan tak pernah abaikan."

.......

Tapi balik bilik malam itu, aku fikir semula.
Mampukah aku istiqamah dengan fikiran yang positif macam tu lepas ini? Boleh ke aku teruskan kalau aku tidak nampak hasilnya depan mata, walau aku tahu ada ditangguhkan Allah untuk waktu yang lebih mulia? Kerana aku juga tahu, bahawa manusia tiada yang tidak inginkan kejayaan. Hmm.


Siapa percaya kalau aku kata, aku lebih bersemangat daripada Buddy yg tiga orang ini? Haha. Yang tengah tengah itulah, Aman atau Amar yang aku cerita tadi. Terima kasih sekali lagi.

Bersatu, percaya dan berani, semuanya kunci nyalaan api malam itu.

Tengok. siapa kata impossible? :) Nothing is impossible. Tahniah adik-adik!

Kumpulan kecil saya.

Game balang beracun. Aku paling tak suka game ini. Hahaha. Aku tak main, alasan nak ambil gambar. Padahal boleh jeh bagi kamera dekat Amirul Hussaini.

Game bola ping pong nih. Memang mencabar. Susah! Nak bawa bola pingpong gunakan tali. Bukan kena guna tenaga fizikal, tapi tenaga fikiran.

Akhir sekali, game Candle War. Adik-adik tutup mata pegang lilin. Buddy diikat kaki sebelah dengan kaki adik. Perlu membimbing adik-adik untuk memadamkan lilin pasangan lain sambil melindungi lilin sendiri daripada ditiup orang atau terpadam. Sekali lagi aku tak turut serta, kali ini sebabnya relevan. Aku perlu siapkan video untuk ditayangkan pada majlis penutup esoknya.
:)




PS. Keyya, ingat tak saya pernah kata ada sorang budak kelas awak yang smart tu? Saya dah tahu nama dia! :DD MIM, boleh teka tak? Huhu.

PSS. I am done uploading the video on youtube. This is it. I included my sifairyprincess* song. And yeah, siapa yang dah biasa tengok video saya buat, memang saya selalu guna lagu yg sama. Huhu. Enjoy the video, Fasyak ;) Kalau nak play dekat sini, off sound youtube tu, biar lagu blog jeh berkumandang ya ~ Kalau tak, kang bertindih pulak lagu. :)



PSSS. I have a lot of beautiful and awesome photos to show!! *excited* But maybe in the next post yeahh. Pleaseee visit my blog again and view the pictures, and leave your comments. Hihi.

PSSSS. Can anyone post about this entry and my next entries on facebook? I would be happy if the buddies can view them. Huhu. Ty.

One of the contents in my next entry. Till then, See you guys, Goodnight! ;)

{Cikdoktor}



4 comments:

Fida Husain said...

wah. seronoknya aktiviti :)

fAraH_K said...

nice one, lil sis.
insya-Allah do ur best for this sem, n u'll be there! :D

Aimi Syahirah said...

Fida,
yeahh memang seronok! :D

Kak Farah,
insya Allah, thank you sis :))

afifah liyana said...
This comment has been removed by the author.

Insha Allah. Biar rasa cinta ini kukuh buat sang Pencipta cinta, barulah akan ku relakan masa menemukan aku dengannya :)