Bismillahirrahmanirrahim.
Dan masih juga perkara sama berlaku.
Menulis separuh entry. Ctrl A dan backspace. Muat turun gambar, lepas tu simpan dalam draft. Kenapa? Simple. Rasa macam tak perlu jeh cerita tentang itu semua. Rasa macam tak best pun untuk dipublish. Hahaha. Memang hidup ini macam tu lah. Selalu rasa tak cukup. Pernah ke manusia selalu berpuas hati? Jarang-jarang. Fact, takde apa yang mencukupi dan menyeluruh tentang dunia ini sebenarnya.
Ada yang rasa tak cukup dengan kemewahan yang dia dapat
Tak cukup dengan makanan malam ini, semalam dan esok
Tak cukup dengan kecantikan yang dimiliki, diubahnya
Tak cukup dengan pemberian dari manusia, diminta-minta lagi
Tak cukup dengan sekadar ucapan cinta, mahukan lebih
Tak cukup dengan menjadikan manusia seperti hamba, diseksa pula
Tak cukup dengan cuti dan masa lapang, tapi tak reti manfaatkannya
Tak cukup dengan baju dan seluar untuk dipakai, walau baru lagi
Tak puas hati dengan masa yang terlalu cemburu, sedangkan selalu leka
Tak puas hati dengan keputusan peperiksaan, kerana tawakal yg tak seberapa
Tak puas hati dengan kelebihan dan kesenangan org lain, hasad dengki pendek kata
Dan.. banyak lagi. Kalau nak disenaraikan, tak cukup satu malam agaknya.
Aku... juga kadang-kadang begitu.
Tapi alhamdulillah, berita semalam cukup untuk aku yakinkan diri bahawa aku mampu teruskan separuh langkah lagi atas jalan ini.
Jalan yang bakal aku lalui dengan senang hati andai aku melepasi fasa kedua nanti
Jalan yang bakal aku tempuh dengan izinNya andai fasa kedua nanti ada kejayaan menanti
Walau aku tak target and tak dpt flat, aku masih tetap bersyukur dan gembiraa
Kerana ikhlas tidak terbukti sepenuhnya melalui hasil, tapi usaha sepanjang jalan itu
Tapi ada orang pernah kata,
Jalan yang bakal aku tempuh dengan izinNya andai fasa kedua nanti ada kejayaan menanti
Walau aku tak target and tak dpt flat, aku masih tetap bersyukur dan gembiraa
Kerana ikhlas tidak terbukti sepenuhnya melalui hasil, tapi usaha sepanjang jalan itu
Tapi ada orang pernah kata,
dalam menuntut ilmu, jangan pernah rasa cukup.
kerana ilmu takkan pernah habis.
Fact, kerana ilmulah kita boleh pandu hidup untuk Syurga atau sebaliknya.
:)
Tahu apa yang aku doa tak henti-henti masa hari hari hampir dengan hari semalam?
Aku minta Tuhan redhakan dan sabarkan hatiku dengan segala keputusan
Aku minta Tuhan tenangkan aku dan tabahkan aku untuk terima apa jua dengan baik
Aku minta supaya tiada lagi air mata kesal
Aku minta apa yang terbaik pada rasa Dia
Aku minta Tuhan tetapkan semangat aku agar aku dapat mulakan semester dua dengan ikhlas
Dan Alhamdulillah..
Kerana hari ini aku mampu
minta Tuhan mudahkan jalanku untuk teruskan cita-cita ini.
minta Tuhan mudahkan aku untuk ke Pandan Indah tahun hadapan.
minta Tuhan jadikan aku manusia yang merendah diri seperti padi yang semakin berisi semakin merunduk
:')
Tamhidians ialah pelajar Asasi universiti aku.
Istimewanya kerana nama program asasi/matriks kami, satu dalam seribu.
Dan semalam, keputusan peperiksaan akhir semester satu dah keluar.
Jangan risau, berjaya atau tidak, meningkat atau tidak, percayalah nikmat yg sebenar itu walau bukan sekarang diturunkan, ditangguh sehingga masa yang pasti terbaik. Waktu itu akan tiba. Jadi, jangan putus asa, ya?
Istimewanya kerana nama program asasi/matriks kami, satu dalam seribu.
Dan semalam, keputusan peperiksaan akhir semester satu dah keluar.
Jangan risau, berjaya atau tidak, meningkat atau tidak, percayalah nikmat yg sebenar itu walau bukan sekarang diturunkan, ditangguh sehingga masa yang pasti terbaik. Waktu itu akan tiba. Jadi, jangan putus asa, ya?
Dan semester satu sempurna akhirya. Baru ada rasa untuk kembali belajar. Aku memang macam ini. Selagi debaran menanti hasil usaha aku tak berakhir, aku akan cuti betul betul.
Semester dua sama, tujuh subjek. Matematik memang bukan jiwa aku. Nombor dan kira-kira bukan perkara yang boleh describe seorang aku. Tapi aku suka mencuba dan belajar, Matematik jadi okay and fun untuk buat. Physics dan Chemistry yang memang tak lari daripada kira-kira pun boleh jadi lemah sangat kalau jiwa aku takde sains. Dan dengar-dengar, semester dua ini lebih payah. Electrics, electronics bagaii. Semoga Allah permudahkan, terangkan, suluhkan! Semoga biologi dan english membantu. Semoga pengetahuan dan minat untuk bahasa arab aku meningkat. Semoga pengalaman aku dengan dunia teknologi memudahkan aku dengan subjek ICT. Aminn.
Dan sekarang, dua hari lagi. Untuk aku tonton K-drama dan makan. Untuk aku bermanja dengan Nikon. Untuk aku beli-belah dan tidur. Untuk aku berfoya-foya. Dan untuk aku bermukabuku. Jangan rindu ya. Nanti pertengahan tahun hadapan saya kembali. Jadi, activate your twitter skrg! Hee. Oh ya, Mungkin lepas ni aku dah boleh faham kalau Izzati & Asma cakap bahasa Korea. Mungkin aku pun akan praktik bahasa korea? Hehee jangan risau, aku masih anti K-pop, kecuali lagu lagu OST K-dramas yg aku pernah tengok. Al-quran dan nasyid, masih takkan hilang dari hujung telinga. Insha-Allah!
:)
Terima kasih semua.
Cheongmal Gomapta!
Terima kasih banyak-banyak untuk segalanya.
Keluarga, cikgu-cikgu, dan sahabat-sahabat terutamanya. Fivers, classmates, lecturemates, readers, bloggers, fbfriends, tweetfllwrs,
Jangan berhenti layangkan sokongan dan doa buat saya... Saya takkan sekuat ini tanpanya!


I spent my holidays with joy hoyeahhh :)

Bangun kalau jatuh.
Sabar kalau letih.
Ketap gigi dan senyum kalau marah.
Berhenti dan bernafas kalau lelah.
Pejam mata dan ingat Tuhan kalau payah.
Luahkan kalau beban.
Lupakan kalau pahit.
Jalan kalau masih ada waktu.
Berlari kalau rasa terlewat.
Doa kalau kosong.
Tawakal selepas segala usaha.
Insha-Allah, dapat.
Aja! Fighting!!
Till then,
Cari kalau hilang. Okeh?
{Aimisya}

0 comments:
Post a Comment