Cikdoktor?

My Photo
Am beyond your expectations but ain't an extraordinary. Islam. Unavailable. Student; doing the best to be a doctor. Universiti Sains Islam Malaysia. Freelance Photographer. May-Taurus-Hardworking-Ambitious-Positive-Medicine-Pink-Hlovate-Cecelia-Patrick-Potter-Cullen-G.A-HB-LMH. Family is everything , friends is something yet soulmate, is both. A traveler whom Nikon-headed. Syahid is my final destination. Jannah is my living aim. Lillahita'ala. Happy Reading ey. May Allah Bless! :)

Dec 31, 2011

Thank you 2011.

Bismillahirrahmanirrahim.

Dan minggu keempat pun berlalu. Semacam aku sedang menghitung waktu kan. Sudah hari terakhir untuk tahun ini. Kalau dulu, bila orang cakap "Jumpa tahun depan." rasanya macam lamaaaaa lagi akan berjumpa semula, kerana bercuti sekolah dan sebagainya. Tapi sekarang, bila pensyarah semua cakap "See you next year", dengan automatiknya kitaorang akan ketawa sakan. Hahaha. Tak terkecuali aku. Aku rasa macam lucu gila, sebab mana ada gap cuti atau apa untuk kita berjumpa tahun hadapan. Bila orang cakap macam tu, kedengaran macam akan melalui tempoh yang lama lagi sebelum next year. Sedangkan hari esok jeh pun. Huhu. Ya, dasar budak lepasan sekolah yang rindukan cuti sekolah lagi. Sedar-sedar esok dah tahun depan pun. Sedar-sedar, lecture minggu depan dah bertarikh 2012 pun. Haha, kelakar lahh! Tak rasa ke? :D

Itu satu perbezaan yg sangat ketara antara berada di alam sekolah dan universiti.

Terima kasih 2011. Selamat tinggal. Saya tentunya takkan lupakan awak, 2011! Sungguh! Rasanya terlalu banyak kenangan yang ajar aku erti hidup pada tahun ini. Erti hidup yang beda dari tahun tahun lepas.

Tahun ini bermula dengan Program
Latihan Khidmat Negara. Antara satu peristiwa terbesar yang sangat bersejarah dalam moment hidup aku. Ya, pengalaman yang kauorang takkan jumpa dekat mana-mana lagi walaupun pada hayat akan datang tanpa izin Tuhan. Aku rasa terpilih. Rasa bertuah. Betullah, Allah takkan bebankan kita dengan perkara yang kita tak mampu. Rasa kelakar lagi bila terkenangkan masa aku berkurung dalam bilik sebab dapat tahu aku terpilih untuk sertai PLKN nih. Hahahaha. Menangis macam apa jehh. Bukan sebab aku dapat anugerah wirawati terbaik tu maka aku rasa best berplkn. Tak. Sebabnya cuma satu. Pengalaman itu sendiri.

Dengan jurulatih-jurulatih yang aku rasakan ikhlas betul untuk membimbing, Ibu dan Cikgu Adilla terutamanya. Aku tak kata semuanya indah belaka sepanjang aku di sana. Sama sekali tidak. Malahan aku terpaksa berendam air mata, makan hati dan sebagainya sebulan pertama. Culture shock, yes. Terpaksa berdepan dengan budak-budak sekolah luar yang perangai pelik-pelik sampai banyak salah faham, tak puas hati.. Terpaksa istiqamah sendirian dengan apa yang aku belajar sebagai budak sekolah agama.. Terpaksa kuat atas kaki sendiri. Terpaksa bersabar dengan kerenah kawan-kawan Satu Malaysia, dan banyak lagi lah.

Tapi tahu kenapa aku tetap rindukan kenangan itu semua? Kerana aku rasa aku matang setiap kali aku diuji. Dan prinsipnya mudah, As long as you enjoy whatever you do, love everything you do, insya Allah, you'll just be fine and happy! Dan Alhamdulillah, walau aku tidak bersama member SMAKL sorang pun, Tuhan baik sangat, Dia temukan aku dengan Adik, Qila, Kina, Epal, Naji, Dini, Musalmah, Hani, Syahmi, dan beberapa lagi yang sefikrah. Dan dia tempatkan aku bersama kumpulan yang paling baik antara yang lain! Alhamdulillah, sampai sekarang aku masih bersyukur kerana Dia pilih aku untuk berada di sana. Kem PLKN PDS Resort, Pasir Panjang, Port Dickson, Nanti aku datang lagi ya! Ini janjiku pagi itu, ingat lagi? :)

Rindunyaa.
*senyum*

Mari, walau aku tak mampu nak listkan semua kenangan manis sepanjang 2011, aku nak kongsikan yang beberapa kenangan ini.

Result SPM yang membuka mata hati dan fikiran,

Got Nikon D3100 dan Xperia X10 mini pro,

Spent my 18th birthday with him,

Neither a school girl nor a university student,

Got the driving license hoyeahhh

Borong buku dekat pesta buku sampai sekarang tak habis baca lagi. Hihi

UPU result that makes me a USIM student now and in future.
Incredibly joyable Ramadhan and Syawal.

Eventually met Abg Shah and Akh Izwan.

End of Harry Potter series and Pre-ending of Twilight. Pathetic huh.

Arrived and been at Darul Quran with my best girlfriends.

Spent a month of holidays with korean dramas and got to know Hyun Bin and Lee Min Ho.

Conflicts (which I dont know why it happened and what was happening till now) with my exroommate.

Result peperiksaan semester satu- hadiah dari Tuhan,

Gosip zaman sekolah yang mungkin menjadi nyata? *senyum*

Met MFA at KKNC for the first time, out of school, and in person.

Slowly making friends with tudung bidang 50/55/60 which I hope will make me look better and more safe.

Tekad deactivate facebook for some times.

First time design a model of World of Origami for English Presentation, it was really fun!

Jadi facilitator Program Selangkah ke USIM,

Filem terakhir yg ditonton this year, Mission Impossible : Ghost Protocol which was fantastic.

And yeah, not yet having a Spongebob :( Hehh
We made this. Seriously. Wonderful, isnt it? :)
Me, Izati, Adibah and Ummi. We were really enjoying this moment, alhamdulillah!


Terlalu banyak cerita 2011 yang takkan luput daripada ingatan. Yang kadang-kadang buat aku rasa tak mahu jadi sembilan belas tahun. Biar selamanya lapan belas. Kerana sedar tak sedar, 2011 ini, aku cuma one step jeh lagi into Adult's world. Huhuhu. Macam manalah agaknya aliran kehidupan selepas ini ~

Semoga 2011 yang berlalu diberkati Allah.
Semoga segala memori tahun itu bersemi dalam jiwa.
:)

Kalau ada orang tanya, setakat selama aku hidup 18 tahun ini, tahun mana yang paling banyak dan macam-macam perkara berbeza terjadi, yang biarpun pahit semuanya dirasakan manis hari ini, pastinya jawapan aku tahun 2011. tahun yang menyaksikan percubaan seorang aku menjadi matang. Budak kecil dengan nickname fairyprincess yang sedang gigih melalu proses kematangan. Terus doakan aku... ya.

Takpe kalau kauorang tidak sama, kalau tahun 2011 bagi kauorang, sama sahaja dengan tahun tahun lain, tiada istimewa, tiada lebih atau kurang, tiada apa-apa, kosong. Tidak mengapa. Kerana aku percaya, masing-masing antara kita.. tentunya ada cerita dan rahsia sendiri. Dan ada perkara yang kita tak nampak tapi Tuhan nampak. Mungkin bertahun-tahun lagi baru kita terasa bahawa ada sesuatu dalam 2011 yang beerti. Tinggal kita untuk cari, dan simpan dalam memori.

Kerana itu, hargailah tahun yang baru tiba ini..
Ahlan Wasahlan, 2012. Berbahagialah menemani sisa hidup manusia.
Dan.. tetaplah denganku atas Islam dan Iman.

Colourful 2011 Bokeh by Amysya (Nikon D3100)
Istimewa untuk semua readers si fairyprincess* terutamanya all my friends (bffs, fivers, bloggers, tamhidians) Semoga kita semua dirahmati Allah pada tahun baru ini. Selamat tahun baru 2012! Jangan putus asa dengan hidup. Allah dengar doa kita. Allah tahu setiap usaha kita. Semoga segalanya lebih baik.

PS. My skills on Bokeh has improved a lot, hasnt it? Yay me :D
PSS. I'll post another picture of this in my flickr, the one without my initial.
If you would love to make it as wallpaper or just to save it into your collection, check out my flickr later OK.
PSSS. I know you'll love this, Fasyak! Huhu.

And these, I present you guys to my best photos of this year, A Love Shape made from Candles and Pingpong balls. There is a difference between each of these three pictures above. Boleh nampak perbezaan setiap gambar nih? Huhu. Well I labelled each of the pictures with the chosen words, to make up your mind to think about the three phase of life, which when you're Incomplete, Complete, and Perfect. When is it? What are the things in your life that you can relate to those phase? Renung-renungkan.

Mine is this :
You're totally incomplete if you're only You.
You're yes, complete whenever you're You having and holding the deen, Islam.
And you're beautifully perfect if you're filled with Knowledge and Experience."

Insya Allah.

Awak semua boleh manipulate gambar gambar itu dengan caption tersendiri. Feel free to share with me? Please, do leave it in the comment box :)

Yang pastinya, hidup kalau hanya sendiri tanpa diisi dengan sesuatu, umpama benih yang kalau dicampak ke laut, menjadi buih buih, andai dilontar ke darat menjadi batu, kaku tidak dapat berbuat apa-apa.

Berbahagialah hati.
Semoga tahun baru ini indah indah belaka.
Esok saya post azam baru saya okay!
Jaga diri, Byebye.

Suatu hari, aku teringin melihat sendiri keadaan umat di Dataran Merdeka setiap kali tiba tahun baru. Benarkah seperti yang selalu diberitakan..
{Aimi Syahirah Ibrahim}

5 comments:

«Mira» said...

Hepi new year. Selamat tahun baru :-)

nur afiqah said...

:') Jaga Diri Sahabat,

dian:) said...

Amyyyy your bokeh skill memang dah improve aloooot! Hihi nice job girl :D

Hope 2012 is gonna be another awesome year fr you dear (:

Aimi Syahirah said...

Mira,
Happy New Year, dear :)

Fiqah,
Saya akan. Awak pun ya?

Dian,
Yayyyyyy thank you sayang! TYSM!
Hehehehe. Selepas beberapa kali cubaan. :D

Insya Allah, back to you. May Allah bless us.

pemburu.cinta.ILLAHI said...

love that bokeh dear!
sgt improved! hee
buat byk2 ltk kt blog lg ye!


Insha Allah. Biar rasa cinta ini kukuh buat sang Pencipta cinta, barulah akan ku relakan masa menemukan aku dengannya :)