Cikdoktor?

My Photo
Am beyond your expectations but ain't an extraordinary. Islam. Unavailable. Student; doing the best to be a doctor. Universiti Sains Islam Malaysia. Freelance Photographer. May-Taurus-Hardworking-Ambitious-Positive-Medicine-Pink-Hlovate-Cecelia-Patrick-Potter-Cullen-G.A-HB-LMH. Family is everything , friends is something yet soulmate, is both. A traveler whom Nikon-headed. Syahid is my final destination. Jannah is my living aim. Lillahita'ala. Happy Reading ey. May Allah Bless! :)

Jan 6, 2012

Biarlah rahsia..


Hari ini ada teman bertanya
"Apa aimi buat kalau tiba tiba masih belajar, dan ada orang masuk meminang. And that guy knows you, but you never know him. Tahu tahu dia dah jumpa parents."

Huhuh.

Aku jawab,
"Terkejut gila macam tu. Tak tahu nak buat apa, dah lah tak kenal kann apatah lagi nak expect."

Dia tambah,
"But aimi tak sesuai lah kahwin dulu. Aimi belajar dulu lahh. Because you look like a career-woman. Betul, Perempuan yang bekerjaya."

Dan aku pun senyum, dalam hati macam ada taman.
Entah sejak bila Tuhan kurniakan aku ketenangan ini.

Jodoh itu rahsia Tuhan. Dengan siapa juga rahsia Dia. Bila apatah lagi. Bak kata orang-orang, sampai seru, kahwinlahh.

Dan buat masa ini, biarlah rahsia.. Biarlah Tuhan yg menjaga rahsia itu.
Kerana hati aku juga masih belum pasti. Jasad belum bersedia. Untuk membuka buku baru tentang cinta. Cukuplah dulu pernah.

Doa ajelah kan untuk yang terbaik.
Jangan berhenti berdoa.

Dan aku selalu minta agar Tuhan tidak temukan aku dengan sesiapa lagi yang bukan pemilik rusuk kiriku.. Aku sudah matang untuk menolak apa-apa rasa yang bertandang. Biar kekal sebagai teman.. buat masa ini.


Cuma yang aku tahu sekarang ini, hati sedang merindu..
Tiap malam rasanya aku mengadu kepada teman sebilik bahawa aku rindu dia.
Entah mengapa.
Mungkin Patrick juga rasakan begitu.
=\






Minggu ini berlalu dengan tenang, Alhamdulillah.
Mungkin kerana aku sudah mula mengulang dan menghafaz. :)
Kalam Allah, benar, memberi sebuah ketenangan yang luar biasa.
Assalammualaikum!

Much love,
Cikdoktorfalsafah.


2 comments:

fAraH_K said...

assalam, aimi. moga sentiasa berada di dalam rahmat Allah.
aimi, katenye akn menyusul post mengenai pandan indah selepas post Selangkah ke USIM tempoh hari. jadi, dimanakah ia?
*oh terlalu berharap utk membaca tulisan awak mengenai pandan indah~
alf syukran ukht (=

Aimi Syahirah said...

Kak Farah,
Aimii punnnn hampir lupa :D
Nasib baik akak ingatkan.
Tapi.. mungkin lama lagi kot baru cerita pasal Pandan tuh.

Thank you sis.
Allah bless
:)


Insha Allah. Biar rasa cinta ini kukuh buat sang Pencipta cinta, barulah akan ku relakan masa menemukan aku dengannya :)