First of January, 2012.
Mungkinkah ada rahmat besar yang menanti di penghujung tahun baru ini?
Huhu. Moga-moga.
Tarikh ini setiap tahun istimewa.
Kerana tarikh ini saksi penyatuan dua jiwa. Buah hati aku.
Selalu aku terfikir.. Apa ya, perkara yang paling aku takut dalam hayat ini? Perkara yang paling aku tak boleh bayangkan bagaimana keadaan hidup aku andai benar-benar berlaku. Perkara yang paling aku minta jauh ketika ini. Kerana aku belum bersedia untuk menghadapinya. Perkara itu juga sebenarnya selama ini membimbing aku agar menjadi seorang yang lebih mendengar kata.
Kadang-kadang aku benar benar harapkan yang selama lapan belas tahun ini, aku ada berubah menjadi lebih baik.. walaupun sedikit. Daripada anak kecil yang suka menyusahkan, kepada anak yang menjadi harapan keluarga.. Mampu memberi kebanggaan dan membalas jasa.
Tapi aku tak pasti, kalau harapan aku itu cuma anganan atau pernah menjadi nyata.
Yang pastinya, setiap orang dalam jiwa mereka, ada satu ketakutan yang sangat besar tapi terlalu dalam. Andai digali, baru kelihatan.
Tahu apa dia? Ya, kehilangan dua orang yang sanggup memikul amanah Tuhan supaya mencorakkan kita menjadi manusia. Dua orang itu tak lain tak bukan, yang aku panggil Mama. Yang aku gelarkan Abah. Mungkin sama panggilan kita terhadap mereka. Tapi berapa harganya mereka, berbeda. Terpulang kepada kita, anak-anak untuk meletakkannya.
Dan aku, tak pandai memberi nilai Mama dan Abah mengikut nilai mata wang. Kerana berapa banyak sekalipun jumlahnya, percayalah, tak mampu membeli kasih sayang dan pengorbanan mereka membesarkan aku seperti sekarang.
Pernah terfikir apa akan jadi pada kita andai mereka tiada? Fikirlah.. dan bayangkan. Mungkin dengan cara itu, kita akan lebih menghargai. Menghargai setiap detik dan peluang yang ada untuk bersama.
*senyum*
Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 25, Mama Abah.Terima kasih atas segalanya. Terima kasih banyak-banyak.Jangan pernah jemu melayan adik.Jangan berhenti berada di sisi..Semoga dipanjangkan usia dalam kebajikan,Semoga adik sempat bergambar dengan Ma Abah dengan uniform Doktor.Maafkan adik kalau selalu menyusahkan dan merisaukan.Maafkan adik kalau selalu ada tapi tak meluangkan masa bersama.Fahamilah, adik dalam proses menjadi matang dan mengejar impian, kadang kadang perlukan masa bersendiri.
Ketakutan ini, semakin tahun, semakin besar.
Kerana itu Tuhan,
kuatkan aku menghadapi ujian dan dugaan.
ajarkan aku untuk bersendirian tanpa mereka.
Agar aku boleh teruskan hidup bila sampainya waktu itu.
Semoga semakin meningkatnya tahun, semakin kuat kasih sayang antara kita sekeluarga. Semoga Allah memberi rahmat dan barakah kepada kita :) Semoga kita sekeluarga lebih dekat dengan Allah. Dan paling penting, semoga kita bersama semula di Syurga..
___________________________________________________________
Ehemm, saya ada beberapa azam tahun baru ni! Insya Allah, saya akan cuba penuhinyaaaaaaaaaa. Hehee.
- Turunkan berat badan. Maximum : 10 kg. Minimum : 6 kg. Paling penting, stabilkan BMI!
- Genggam dan simpan kemas kemas surah Yasin, al-Mulk, as-Sajdah, al-Jumu'ah, al-Waqi'ah, ar-Rahman, Luqman, dan ayat-ayat pilihan dalam hati.
- Mulakan hafazan Al-Quran semula. Tahun ini sekurang-kurangkan 2 surah baru, apa kata, al-Insan, as-Saff atau al-Hasyr? Insya-Allah.
- Lancarkan surah surah Juzu' Amma.
- Skor every examinations especially Final Exams nanti. Maximum : 4.0 flat. Minimum : 3.85 :)
- Dapatkan offer letter to Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan!
- Pandai masak sekurang-kurangnya 2 jenis lauk ya. Masak nasi and buat sandwich mesti dah pro.
- Takde apa-apa komitmen dalam soal cinta, hati dan perasaan. Berkawan jeh dengan semua.
- Istiqamah pakai tudung bidang.
- Qiamulail sekurang-kurangnya sebulan dua atau tiga kali.
- Pergi kolam Arep, jumpa Arep dengan Yam. Plus, reunion dengan Auni, Qid, Nani or girls of fivers. Hehehe
- Rajin buat kerja rumah masa cuti habis tamhidi nanti.
- Ramadhan yang lebih bermakna dan berharga tahun ini! :)
- Beli lens Nikon, 55 -200 mm punyaaaa hoyeah.
- Nak spongebob jugak! Tak kira :p Tapi kalau takde orang bagi or tak beli beli jugak, takpeee bak kata Abe Ngoh, "Buat apa nak beli spongebob.. kata orang spongebob. Mana boleh ada duaaa." Hehehe. #kantoi
- Matangkan penulisan si fairyprincess* . Kasi pembaca-pembaca suka dan rindu. #perasan
OK I think that's enough.
Haha. Nampak tak yang first sekali apaaaaaa? Itu paling penting serius.
PS. Saya dah seminggu tak makan nasi tau! Doakan saya kuat semangat. Paling tak pun, sebulan k. Go go fighting!

Doakan saya jadi pelajar yang lebih rajinnnnn semester ini.. ya!
*Abe Ngoh, ini lah baju tunang tuuuu, hee*
I really wish that my pictures will make you feel happyyyyy when you see it!
#Especially dedicated to Aini Afiqah. This is not the one that you capture, this is another bokeh of mine, but I know how you love to play with the shutter to get the best bokeh :) Huhu. And, to those who always responsed to my previous posts. Sis Sayba, Mira Bad, Dian, Afiqah, Fida Husain, Fasyark. And of course, Arep. Kau kata kau tak pernah tak baca kan. Hehehe :D Allah bless you guys.
Got to go.
Biology book is calling.
Till then, Have a blast on 2012.
Assalammualaikum!
{Aimisya}


10 comments:
aimi!!
kurusss laaa <3 <3 <3
'selama lapan belas tahun ini, aku ada berubah menjadi lebih baik.. walaupun sedikit'
:')
Post ni buat kite menangis.
Agree sangat ! Semakin hari kite rasa semakin takut. Takut kehilangan. Ibu ayah kite. Takut tak mampu membanggakan mereka, takut buat mereka kecewa.
Thanks Aimi sebab buat kite sedar tentang perkara yang kite tak nampakk
*hugs*
Happy 25th Anniversary, Auntie and Uncle. May Allah bless.
Aimi, do take care pleasee ! Jangan langsung tak makan okay :) Jangan jadi macam kite, sampai masuk hospital. InsyaAllah, kite doakan azam tahun baru awak tercapai.
Ameen :)
PS : I love to see you in yellow. *Lembut* Same colour like Patrick. Hee ;)
Heheee :)
Fasyark,
Mana ada kurusss! Gambar tuh menipu lebeyy :p
Aisyah,
huhu terima kasih cah.
Tu lah kann, makin bertambah tahun, makin tua manusia.
Takutnyaaa rasa! :(
Insya Allah kita jaga diri punyaaa. Kalau dah tak tahan sangat kita makan lah nasi. Heheh.
Yellow macam spongebob kannnn, patrick Pink. ;D
Amyyy, azam kita samalah, turunkan berat badan hehehehe. Hope menjadi insyaAllah! xD
and and and yellow really suits you. Lawanya lawanya! Hihihi.
Kirim salam to your parents, happy anniversary auntie dan uncle! (:
Okay malu kitee. Yellow macam Spongebob, bukan macam Patrick ><' *tutup muka dengan bantal* Haha
Warna pun tak boleh nak differentiate. Acanee boleh lepas exam computer ni Cah ! :D
So, Aimi kena beli lah Spongebob satu ye. Baru lengkap life Patrick. Hihi.
tgk gmbr kt fb yg saya ambil sbelah side mirror. itu angle yg saya mksudkan. :)
Dian,
Hoyeahhhh ada geng YAY YAY YAY!
:D Nanti at the end of the year kita compare our weights before and after tau tau. Hehehe goodlucks!
Kuat semangat yeah xD
InsyaAllah. Ty dear, XOXO
Aisyah,
Hihihi takpelah cahh Typoss biasalah kannn . Kte pun slalu jehh HAHA
Yeah, cah tlg doakanlah hidup Patrick akan lengkap satu hari nanti :) Patrick dgn Spongebob saling memerlukan kannn. Hee
Arin,
Saya kan dah deactivate fb.
Tak dpt nak tengok :\
Post dekat blog awk.
err suke sgt highlight name aku, tanak bace ah pasni haha! ;P selamat tahun baru amy~ ^^v.
oh..mane tw da dxtive. ok. coming soon.
Post a Comment