Cikdoktor?

My Photo
Islam. Lively Living and Breathing, lillahita'ala. 20, May-babies. I dream for a fairy-like garden wedding! Nikon-headed. Fragile yet hard to fall. Ain't extraordinary. Ain't good enough. And I hate harsh words and ppl who talk carelessly towards others. Friends with all until the right man comes at the right time. Insya Allah wa syukur lillah, a medical student in Universiti Sains Islam Malaysia's Med School. Happy reading :) May Allah bless!

Aug 31, 2012

She is officially a medical student. #19y/o

Bismillahirrahmanirrahim.

Hai.
Selamat Hari Merdeka.
Selamat Kembali ke Universiti.
Selamat menuntut ilmu sampai berjaya.
Selamat berjuang menjadi pekerja professional untuk Islam kerana Dia.

Dan Aimi, selamat meninggalkan zaman main-main, comot dan... err, cengeng.

^^

Kecik kecik dulu, mana pernah terfikir akan jadi pelajar perubatan suatu hari nanti. Main doktor-doktor je ada. Jadi ahli persatuan Bulan Sabit Merah pun satu ke dua tahun je masa sekolah rendah sebelum tukar masuk persatuan Puteri Islam. Tapi masa tu, aku rasa cemerlang kot sebagai ahli. Eh yeke. Sekolah menengah, lagilah, dari awal lagi tak terdaftar pun nak jadi ahli PBSM. Ikot kakak masuk KRS. Plus sebab baju PBSM seksi sikit dan tak berapa nak aktif lah persatuan tu awal-awal dulu Haha. Kesimpulannya, memang takdelah tahu sangat pasal cara-cara atau langkah-langkah awal kalau tiba-tiba ada accident or incident depan mata. Ilmu yang ada di dada ni pun berdasarkan pengalaman. Dekat PLKN tengah malam tu, paling teruji weh! Fuhhh takkan boleh lupa. Ada ke last last minute dorang suruh aku join aktiviti menyelamatkan mangsa (ala berlakon je) yang hilang ke apa tah dalam hutan. Nasib baik semua selamat (konon jeh). Tapi lupa dah macam mana cara-cara nak selamatkan. Huhu

Semuanya bermula masa abah masuk ICU beberapa tahun yang lepas. 2006 eh? Eh ke 2007? Sejak masa tu, aku ada tanam sedikit dalam hati, yang aku macam.. nak belajar perubatan. Lama-lama, baru cita-cita dan minat tu terpupuk. Pendedahan dan perkongsian pengalaman daripada senior-senior pasal bidang perubatan ni sedikat banyak sangat membantu aku buat keputusan untuk kerjaya masa depan. Sekurang-kurang bidang ini salah satu bidang yang boleh menyumbang kepada Ummah dengan banyak. Well, ya, aku dari kecik takut darah. Dan sikit sikit geli sikit sikit geli. Sebelum ni nak basuh ayam pun, tak nak. Tapi sekarang, insya Allah alhamdulillah, that hemophobia has fully recovered. (Baca : hemophobia is the fear of blood) Cuma, serius aku surrender when it comes to insects okay. Failed.

Hmm, apa-apa pun, nak capai sesuatu, mesti kena korbankan sesuatu. Kan.
:)


Alhamdulillah,
Tahun ini, 2012, Allah berikan rezeki untuk jadi pelajar perubatan. Bukan haiwan. Bukan falsafah. Tapi perubatan manusia. Insya Allah, kalau ini bidang yang terbaik untuk aku, haruslah aku juga, cuba buat yang terbaik untuk kutip segala-galanya tentang bidang ini. Enam tahun weh! Serius bukan sekejap. Huhu.

So, eh hai, salaam,
I, the owner of si fairyprincess*, yang kauorang pernah panggil cikdoktorfalsafah, Insya Allah akan mulakan Tahun Pertama sebagai pelajar perubatan dalam beberapa hari lagi. Bukan di Aberdeen atau Edinburgh, bukan di Mesir atau Jordan. Tapi di Malaysia tanah air tercinta yang saya percaya, tak kurang hebatnya dan bagus daripada di negara lain. Mohon doa daripada awak semua. Ya, sahabat dan kenalan saya semua, saya, dengan rendah hati, minta kalian doakan saya mudah dalam bidang ini.. kerana awak tahu kan, antara doa yang dimakbulkan Tuhan adalah doa seorang Muslim ke atas saudaranya tanpa pengetahuannya, dan insya Allah, doa itu juga akan termakbul atas diri awak.

*senyum*



Dan betul, ke mana sahaja kita pergi, jom ikut resmi padi! Semakin berisi, semakin menunduk. Mudah-mudahan Allahu ta'ala mudahkan dan redhakan urusan kita.

Last but not least,
Saya, Aimi Syahirah binti Ibrahim, mohon sudilah dimaafkan kesalahan, kesilapan, kekasaran, dan kecuaian diri ini agar lebih terang hati saya. Maafkan saya ya. Mohon maaf zahir dan batin.

Restulah anak bandar ini.. agar pemergiannya demi menuntut ilmu sentiasa tenang.
Restulah hamba Allah yang lemah ini.. agar tidak terhalang cahaya-cahaya ilmu daripada sampai ke hatinya.

Salam Merdeka!



Buah cempedak di luar pagar,
Ambil galah tolong jolokkan,
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan.


PS. Belum ready. Paling bimbang, kalau mata terus murah dengan air mata. AllahulWali AllahulQadir.


Love always,
{Dr. Aimisya}


3 comments:

Rossarina™ said...

Dr. Aimi! :D the very best of luck in your study. semoga dipermudahkan semua urusan. semoga sentiasa kuat & tabah mengharung 6 tahun yang akan datang tu huhu. kejap je 6 tahun tu, insyaAllah. :)

takmo nanges-nanges. >:P <-- padahal yang nasihat ni pun berjujuran gak air mata masa mula-mula pisah ngan parents. duh. =.=

Aimi Syahirah said...

Dr. Ross! Hehehe
:D Insya Allah.. sekejap eh? Wokaaay we'll see. Doakan saya, akak!

Hahaha tu lah, semoga kuat mata nih kaaan. Padahal kte dalam Malaysia jeeh. Akak logik ah sbb kat sanaa kan hihi.

Thanks for everything, sis <3

WJuma Nailiah WMS said...

AlhamdulilLah. tahniah Aimi. :)