Jan 15, 2016

Trip ke Hong Kong - Day 2 - Ngong Ping, Garden of Stars, Victoria Harbor, Heritage 1881 & Ladies Market.

Hai semua,
still planning to go for a short trip to Hong Kong?
Why not! Best tau Hong Kong :)


It's Day 2 now right.

So after breakfast at the littlehouse, we began our journey to Ngong Ping cable car and Citygate Outlets early in the morning around 8am.

Macam mana nak pergi ke sana?
Kalau naik MTR line Tsuen Wan (line warna merah) --- keluar dekat Lai King station and then interchange ke line Tung Chung --- next stop dekat Tung Chung station exit B.

Tapi kalau dari MTR station Kowloon/Olympic (line warna kuning) terus je pergi Tung Chung station.

Okay?

Keluar je dari station Tung Chung exit B tu, korang akan nampak Citygate Outlets punya building. Mall ni macam Mitsui Outlet lah kalau kat Malaysia. Blogger lain kata kat sini murah kalau nak beli barang-barang berjenama ke apa. Kitaorang sebab pokai plus hari first kaan soooo singgah melawat interior dia and cuci mata sekejap je. Huhuhu


Okay back to Ngong Ping punya cerita. Korang jalan je melintasi Citygate Outlets tu, terus je ikut signboard Cable Car. Nanti akan ada escalator naik. By the way, sebutan dia bukan Ngong Ping, sebutan dia 'Ang Ping' tau. Hihi. Ramai orang selalunya ke Ngong Ping ni atas faktor keagamaan selain melancong. Di Ngong Ping Village which is the first destination sejurus selepas keluar daripada cable car, ada terletaknya sebuah patung Buddha yang sangat besar. Nak naik ke patung Buddha ni kena panjat tangga macam kat Batu Caves. Kitaorang tak pergi pun sampai ke patung tu huhu.


Seriously, kalau nak pergi Hong Kong letaklah Ngong Ping 360 ni dalam senarai itinerary tau! Memang best sangat naik cable car tu. Amazing sangat bagaimana manusia menciptakan laluan cable car yang panjang macam tu dan kukuh dengan izin Allah. Cable car ni menghubungkan Tung Chung di Kowloon ke Lantau Island tau. Oh ye, Hong Kong terbahagi kepada tiga bahagian -- Hong Kong Island, Lantau Island and also Kowloon okay.


Masa kitaorang sampai tu memang pagi lagi kan, so memang takde orang pun queue untuk beli ticket. Sikit je orang.. And masa tu cuaca sangat berkabus, sejuk, dan angin bertiup ya Allah kuat sangattt. Cable car tu berhayun kiri kanan kott walaupun 8 orang dalam tu. Cable car lalu dalam kekabusss. Memang amazed, scary and nervous je sepanjang perjalanan dalam cable car tu. Tawakkal 100% kat Allah. Fuhh. Nasib baik lah kita tak gayat. Siapa yang betul-betul gayat, fikir lah banyak kali ye nak naik ke tidak. hihi tapi subhanAllah it was really really a splendid and spectacular experience! The view from the above was too beautiful! Just imagine, you can see the whole Hong Kong airport from inside the cable car.


Dekat Ngong Ping Village tu, ada banyaaak decorations Chinese New Year of Hello Kitty tau. So that explains why I put Ngong Ping in the must-visit list kehkeh. Yey I met my friends over there. Comel sangat Hello Kitty punya decorations tu semua. Nanti kita tunjuk gambar k ;)

Tak buat apa sangat pun kat situ, bergambar dan take-away Chicken Kebab dekat kedai  Halal Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria. Blogger lain semua dok mention pasal kedai ni. So kita pun kenalah mention ye dok. Sedap jugak Chicken Kebab dia! Beli satu je, share 4 orang sebab mahal weh tak tipu. Tsktsk


Sepatutnya kat Ngong Ping Village ni ada banyak aktiviti korang boleh buat. Motion 360, Stage 360, and others please refer at laman web dia : NP360. Kitaorang sebab datang awal sangat kan, so dapat merasa pengalaman naik cable car tu dah cukup mengujakan, rasa berbaloi sangat.

Turun dari Ngong Ping tu dah pukul 12.30 macam tu, ya Allah panjang gila queue orang beratur sampai ke bawah! Memang lepas tu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi petunjuk untuk pergi sini awal awal pagi. Lagipun best sangat datang awal tau, sejuuuukk berangin berkabuss je. Alhamdulillah.


Oh haa, sebelum turun balik tu, jangan lupa beli keychain Ngong Ping cable car yang comel-comel semuanyaaa! Rasa macam nak makan je. Haha nanti kang menyesal kalau tak beli kat situ, sebab kat tempat lain takde jual dah keychain Ngong Ping tuu tau, kitaorang puas dok cari kat Ladies market tapi tak jumpa pun. Hanya gambar keychain je tinggal kenangan.. Huahua T-T





Korang keluar je MTR tu akan nampak mall ni.
Kebetulan hari tu ada macam international punya program apa tah.
Tu yang ramai sangat orang ni.
Nampak tak route cable car tu? Nampak taaaaak??
Tengok ni, kosong je takde orang pun beratur. Huhuhu siap boleh buat photoshoot sekejap.


Terus je pergi counter. Siapa yang dah beli tiket siap-siap, ada lane khas and lagi lajuu.
Tak ramai orang pun yey! 
Ada dua jenis cable car, satu Standard Cabin, another is Crystal Cabin. 
Beza harga sangatlah banyak. Crystal cabin tu transparent blah bawah. 
Tak payahlah membazir. Standard cabin pun dah cukup mengujakan!
Ini laluan pertama :)

Nampak tak kabus tebal sangat ya Allah. Macam masuk dalam awan. Hehehe
This is your final destination hehehe. Lega dah sampai tau



Haaaa ni masa nak balik, panjang gila line beratur! Jadi, pergilah awal awal pagi okay :) 
Takpun bukan hari cuti okay kot. Pergi petang-petang pun cambest boleh tengok sunset.



Dah habis cerita di Ngong Ping, kitaorang balik rumah sekejap untuk solat dan makan sebab lapar kemain. Hahaha dalam pukul 2 lebih macam tu kitaorang keluar balik. This time menuju ke Tsim Tsa Shui :D


Macam mana nak pergi sana?

Ok naik MTR station Mongkok kan (sebab kitaorang tinggal kat Mongkok) ----- then keluar kat station Tsim Tsa Shui, lepastu jalan dalam MTR station tu ikut je sign board ke East Tsim Tsha Shui and keluar kat exit P. Lepastu tu, cross jalan and naik escalator tinggi, dia tulis Garden of stars. Takpe jangan risau, sebab kat mana-mana je ada tulis arah ke Garden of stars :) Korang jangan confuse tau Avenue of stars dengan Garden of Stars. Avenue of stars dah tutup sekarang, buat renovation rasanya. So cari dan ikut je signboard ke Garden of stars. In sya Allah jumpa punya!

Cuaca sangat sangat sejuk hari tu. Terlupa nak tengok iti, kita terus menuju ke Garden of stars dulu. Sepatutnya pergi Clock Tower duluuu tau. Tapi ada hikmahnya, sebab lepas beberapa jam dekat Garden of stars tu, hujan turun pulak. Tak lebat pun tapi cukuplah untuk membasahkan. Huhuhu so kitaorang sesambil jalan dekat Victoria Harbor sesambil tu berteduh la dekat meja kerusi yang ada sekitar tu... SubhanAllah indahnya pemandangan masa tu, dengan angin bertiup menampar lembut pipiku.. memang indah. Siap terjumpa beberapa pasangan bermadu kasih lagi, astaga. Patutnya diorang ni pergi book bilik hotel ke apa, ada ke patut buat kat tengah2 jalan ni. Huahua T_T


Lepas hujan reda sikit, kitaorang jalan-jalan lagi.. terjumpa pulak Heritage 1881. SubhanAllah cantik sangat!! Hilang segala penat lelah, terasa macam dekat istana kott. Macam mana nak sampai ke Heritage 1881? Alaa, kita tak ingat pulak yang ini, sebab main jalan-jalan je tiba-tiba dah sampai. Tapi, kalau korang turun balik MTR punya laluan dari exit P tadi, korang tuju pulak ke exit L6 tau. Heritage 1881 ni sama exit dengan Clock Tower. In sya Allah jumpa punya~


Selesai bergambar, pergi balik area Avenue of stars untuk tengok Symphony of Lights. Musykil laa betul ke yang kitaorang tengok tu Symphony of Lights? Hahaha sebab takdelah hebat sangat pun tapi cantikk!! ^^ Mungkin sebab hujan kan so electricity problem kot? Huhuhu




Jalan-jalan sepanjang ni. Sebelah kanan tu la Victoria Harbor.
Kesian mama sakit sakit kaki, dok jalan dengan kitaorang. 
Huhu nasib baik ada kerusi boleh berehat-rehat sesambil menikmati 
pemandangan Victoria Harbor yang sungguh menenangkan fikiran!
Macam ni lah laluan dalam MTR station, dia macam laluan underground..
Senang, boleh pergi mana-mana.
Sebab tu atas jalan, tak nampak ramai sangat orang.
Sebab almost everyone yang jalan kaki akan gunakan laluan dlm MTR station ni.
Cantik kan! Siapa nak honeymoon boleh datang sini. Rasa macam dlm cerita Cinderella sekejap.
Symphony of lights!



Lepas tu sebelum balik rumah, singgah dulu Ladies Market. It's shopping time!
Kalau tinggal kat Mongkok memang senang sangat nak pergi Ladies Market ni. So dari Garden of stars tadi, pergi je balik station MTR yang korang datang tadi, cari line Tsuen Wan, lepastu berhenti kat MTR Mongkok station --- terus ke exit D2. Kalau macam kitaorang, littlehouse tu kat exit D3. Jadinya alhamdulillah memang mudah.
Nampak tak tu signboard ke Tsuen Wan Line?
Haa korang ikut je signboard tu untuk ke Mong Kok station ok?
Perhatikan signboard macam ni okay. Kecik comel je signboard dia.
Ladies market's aisle.

Meh nak cerita sikit pasal Ladies Market ni. Ladies market adalah salah satu shopping market yang murah dan famous selain Stanley market. Kalau nak beli barang kat sini, korang tanya dulu harga, lepastu kalau betul-betul naaaaakk sangat-sangat baru tawar ok? Kalau tak, memang cuak woo. Hahaha. Sebab diorang ni agak kasar. Kalau korang dah tawar menawar lepastu tak jadi pulak, bersiap sedialah untuk kena marah dan kena paksa beli jugak. Biasanya lepas tanya harga, dorang akan terus kurangkan harga. Kalau korang blah dari kedai tu, dorang akan tawar harga sampai muraaaaah gila. So tunggu je lah, jangan terburu-buru nak beli or deal harga tau. Takpun, korang bagi terus harga korang, pastu acah-acah nak blah, confirm boleh dapat punya. Ada satu barang tu, harga dia bagi HKD180 satu. Tawar punya tawar akhirnya dapat HKD220 dua. Hahaha ^^

Kitaorang ni heaven sikit sebab puan Mama memang power gila dalam tawar-menawar. Hehee

Okay habis dah hari kedua.
Esok nak pergi Disneyland pulak seharian ^^
Nanti kita sambung ye in sya Allah.



Love,
Aimi.

Jan 14, 2016

Travel tips ke Hong Kong - Day 1 (Of basic things)

Assalammualaikum!
Hello everyone :)


Hahaha, I doubt there's anyone waiting for my blog update anymore. I am so so so sorry I couldn't continue writing about my Korea trip last time. Seriously takde masa langsung. Huahua. I am currently in my fourth year of medical school. Oh how time flies right! Dah tahun keempat dah masuk clinical years dah kita. Kita belum kahwin jangan risau hehe. Sibuk belajar dan berhospital je sekarang, Doakan kita ek.

Emmm, In sya Allah I'll go to Korea again soon and write down all about it here.
For now, lemme write about my trip to Hong Kong.
Setelah dua kali dok jalan sendiri di negara orang, kita rasa travelog atau perkongsian yang tepat sangat sangatlah berguna dalam membantu perjalanan orang lain. Because I am really one of those blog-dependent people when it comes to backpacking or travelling. So here I am, writing about my experiences in Hong Kong with a hope that it will become useful for someone out there.

I started to write this on my way to Hong Kong, in the noisy plane surrounded by Chinese people talking loudly in their language all over and walking and gathering back and forth with themselves until the crew had to shhh 'em few times, hmm restless per se. Hangpa memang jenis tak tidoq dlm flight ka? Mujur ceq duduk tepi sayap! Well, that was the noisiest flight I've ever took. Wuwuwuwu

This trip was initiated and aggravated by me who was reaaalllyy craving for another travel. I asked Kakak and Kak Ecah to join in and luckily they were fine with my plan! Mama joined in last minute itupun after so much pujuk rayu. Abah was not interested. Huhu. So here we go, a short and sweet trip to Hong Kong! Yea, no drop by Macau or Shenzhen as my travel mates this time are all wanita bekerjaya right, so tak sampai hati suruh diorang amik cuti seminggu kan. In fact, I, too, need to start doing my SSM seriously so I think 4 days and 3 nights are enough.

First of all, the most important thing you all MUST have is, a very good and fabulous pair of SHOES okay. Because we're gonna do lots and lots of walking here. Kata backpacking without travel agent. So come on. 


Secondly, you MUST download apps MTR Mobile dalam phone masing-masing okay. Or at least, save a picture of MTR map dalam phone. Because it will be very useful untuk guide which MTR line you have to take to any places you wish to go. MTR system dekat Hong Kong sama je macam dekat Jepun or Korea, sangat-sangat efisyen in sya Allah tak sesat punya. Kagum sangat dengan MTR system kat Hong Kong ni. Sebelum nak pergi Hong Kong ataupun malam sebelum hari esok nak jalan-jalan make sure you study dulu pasal jalan dan laluan MTR tempat-tempat yang nak dituju tau. Catat dan bincangkan nama station dan exit mana. Sebabnya, satu station ada banyak pintu keluar (exit) tau. Contohnya, station Mongkok ada exit D1, D2, D3, D4 cenggitu. Kalau macam nak pergi Ladies market, tuju ke station Mongkok and then kena exit D2. Dapat tak? Takpe jangan risau, once you're there, you will adapt very quickly. Apps MTR Mobile tu pun akan bantu guide dari mana hendak ke mana pakai laluan yang mana. Okay? ^^




Next, about the flight tickets lah of course.
We bought the flight tickets 3 weeks prior, with a promo price, so the total price was RM524 return per head. We could actually get a much more cheaper price but we were late! Sobsob. We departed around 4.45pm and arrived at 8.15pm in Hong Kong. Oh yes, waktu Malaysia dengan waktu Hong Kong sama je tau. Cuma waktu solat je berbeza. Hong Kong awal sejam lebih cenggitu. Along the way, I watched 2days 1night, took some photographs of the plane's wing and clouds, sleep and write this. It was one dark starry night~

Lepas beli je tiket and confirm tempat tinggal, I started to organize our itinerary. I love to make an itinerary you know. Ala, 4 hari 3 malam je pun anyway. So basically, my trip this time aimed to touch all the must-go places in Hong Kong in sya Allah. One short, sweet and  satisfying trip. Nanti kita share details iti throughout the other posts. Overall, macam kat bawah ni je. Simple and light je our travel ni because ada puan Mama kan, so take it easy yet wonderful ;)



Upon arrival, everything went well and the first shop we visited was the 1010! Keluar je gate departure lps amik luggage and lepas immigration.. ala tempat yang ramai org menunggu dgn sign nama mcm dlm running man tuuu.. Haa keluar je situ terus ke kanan dan akan nampak kedai 1010. So, kedai apakah ini? Ni kedai jual prepaid sim card. Kalau korang pun nak backpacking or travel Hong Kong for less than 8 days, I recommend you to buy one sim card package yang utk Tourist punya tau. Ada 5GB internet data and some HKD for voice call. Don't worry much nnt org kedai tu mmg akan tunjuk pakej tourist. Beli sebiji je pun dah cukup sgt, bagi kat orang yang lead dlm group you all utk pakai sim card ni, then on je Personal Hotspot to be used by everybadehhh everywhereee! Ye lah, kat guesthouse nanti pun mesti ada wifi jugak kan..



This was the package that I bought.


Okay lepastu,
pergi pulak counter jual Octopus card, Counter dia mcm counter customer service tp dia tulis Train Tickets tau. Macam ni counter dia :




Octopus card ni apa? Hmm octopus card ni macam kad Touch & Go kat Malaysia. Boleh pakai utk MTR (train), bus dan juga tram. Kalau macam kitaorang kan jalan sendiri, so mmg 100% bergantung dekat public transportation (MTR and buses). Harga dia, HKD50 untuk card, and HKD100 utk kegunaaan kita. Kalau dah habis HKD100 tu, boleh je top up lagi, or orang Hong Kong cakap 'Add value' dekat any 'Add Value Machine' yang ada di dalam MTR station, or 7Eleven or kedai jual roti. Kitaorang sampai add value 2 kali tau. Minimum amount untuk add value is HKD50 okay. So total utk Octopus card kitaorang selama 4 hari ialah HKD250. Haha. Paling best, nanti nak balik Malaysia, Octopus card ni boleh dipulangkan semula and dia akan refund balik duit HKD50 utk card tu, plus baki yang tinggal dalam card. Cari je counter dia ada dekat airport, kalau tak jumpa, tanya Customer service ye. Lepastu duit lebih tu bolehlah sambung shopping dlm airport or beli makanan dlm flight.

Okay. Those above are all the basic and compulsory things you guys need to know to ease your travel in Hong Kong.

Moving on,

I booked a cheap apartment in Mong Kok through airbnb. It was owned by Zoe and Andy. Andy was the one who responded to all my messages and queries very promptly that I think it was good to deal with him :) But Zoe was the one who waited for us at the bus station and brought us to the house by herself personally. So everything went well. Tiada masalah dalam mencari lokasi rumah Alhamdulillah! Kalau nak duduk apartment sama macam kita, bolehlah view this link --> Littlehouse. Tapi, Zoe tak berapa pandai cakap English sangat tau, she said she is still learning the language. Kitaorang ni pun alhamdulillah ada puan Mama, so cakap Mandarin je mostly huhu. Thank you Mama sebab sudi ikut! Wiwiwi

Oh, one more important thing korang mesti tahu ialah di Hong Kong ni, ada satu bas nombor A21 yang pergi balik dari dan ke airport tau. Bas nombor A21. Kalau macam kitaorang yang stay kat Mongkok ni, dari airport, naik bas A21 and directly berhenti kat station no 7 or they called it as Bank Centre station. Macam mana nak tahu bila dah sampai station tu? Ni puunn jangan risau langsung! Sebab sistem bas pun sangat mudah dan canggih. Dalam bas tu, ada screen yang akan show the bus route and station yang dia akan berhenti. In sya Allah, mudah je jalan sendiri dekat Hong Kong ni. Macam kat Korea jugak ^^ So, harga tiket bas from airport to Mongkok or vice versa was HKD33, pakai Octopus card ok.


Disebabkan flight kitaorang petang and arrived malam, malam tu lepas check in kitaorang tak berjalan mana pun. Kat sini pukul 6 dah gelap tau. Kita and kak Ecah je malam tu walked along the roadside area our apartment tu. Dah pukul 12 lebih pun still lots of people were walking, queueing for the bus, and dating. In fact, buses and taxis on the road pun still banyak and jammed lagi. Huhuhuhu. It was cold and the weather was so nice that night.




Inside the A21 bus from the airport.
This is Zoe, nampak muda remaja kaaaan, sebenarnya dah 40y/o.
Jalan-jalan makan angin.
Etude House pun adaaa macam dekat Korea ^^
My first street photo of Hong Kong at night.

All right,
the end of the first day.

Eh emm, nak tahu ke kena packing apa?

Untuk 4 hari 3 malam, bawak je 4 helai blouse + 2/3 helai seluar, and disebabkan it's winter season sooo yeah a coat/jacket is a must lah ye. Winter coat yang tebal gila tu tak payah lah kot, just a thick and warm sweater or jacket will do. Even though Hong Kong takdelah bersalji bagai, but still it was cold. Temperature belas-belas masa kitaorang pergi tu. Gloves bolehlah kalau nak spare. I tak pakai pun throughout the trip, but my sister pakai because it was raining and the weather was so cold that day. Stocking tebal mestilah. Long johns bagai tak payah kot. Winter boot lagilah tak payah, one good sport shoes is enough. Cream Flanil, minyak angin, and tablet Clarinase (ubat selesema saya) bawaklah spare. Oh paling penting, pergi Watsons/Guardian ke mana-mana beli RAIN COAT and bawak tau! Takpun, terus je bawak payung. Wajib wajib! Jangan lupa!

Makanan?

Hmm, honestly for me, makanan halal kat Hong Kong susah sikit nak cari. Plus makanan dia biasa-biasa je kot in fact quite expensive. Kitaorang selama empat hari ni, makan bekal dari Malaysia je. Bawaklah maggi, tuna, sardin, sambal goreng rangup, beras and roti twiggies/jagung/coklat banyak banyak. Boleh je hidup dengan bahagia di sana. Jimat duit. Kitaorang takde pun mencari-cari kedai makan. Tak fikir sangat lah pasal makan. Pagi sarapan kat rumah, mama masak nasi & ofcourse a cup of coffee and then balik malam makan megi ke apa. Sepanjang perjalanan kalau lapar, ngap roti twiggies. Hehe. Hong Kong punya makanan takdelah macam Korea kot. Kalau kat Korea tu, memang wajib makan luar! Hihi


Sarapan pagi pertama di Hong Kong. Sedap dia lain macam! =D



Okaylah ek,
Hopefully this post will be useful for you guys yang nak pergi jalan-jalan tanpa travel agent kat Hong Kong,
Nanti kita sambung post Hari kedua ketiga dan keempat, in sya Allah.









Love,
Your long lost cikdoktorfalsafah.