Cikdoktor?

My Photo
I love my name. My Highness is my Islam. Sweet 18. SINGLE and love it. Taurus-May 16. Student, doing the best to be a doctor. Universiti Sains Islam Malaysia. Freelance Photographer. Hardworking-Ambitious-Positive-Medicine-Pink-Hlovate-Patrick-Spongebob-Potter-Cullen-G.A-HB-LMH. Family is everything , friends is something , soulmate is both. Photography is my passion ; Nikon-headed. Syahid is my final destination. Jannah is my living aim. Insya Allah. Happy Reading ey. May Allah Bless! :)

Jan 30, 2012

For every moment you feel down, there are another moments waiting to cheer you up again. Allah knows.

Bismillahirrahmanirrahim..

Patrick says : Hooooorayyyyyyyy! ! :D

MidSem Examinations have ended.
and today I just knew that CFS IIUM ada buat Raudhah Festival (kudos to my Raihana Nadhira's site) and am looking forward to be there because minggu ini minggu akhir sebelum cuti Mid Semester. And I really hope can go there with my babes, Zaf, Nani, Auni ~ Jom pergii serbu Ayu, Qid, Anis, Rai, Fatma and budak budak SMAKL yang ramai gila kat sana. Haha (You too, let us meet there, Mr Spongie HEHE)

~ Cant wait to watch One Litre of Tears.
~ Cant wait to go to MPH and book-shopping again. Have received that rm200 voucher.
Am really really desperate to own Breaking Dawn.
(Nafsu bertwilight kuatt sekarang LOL)
~And we're doing very fine now, Alhamdulillah. I'm happy.
Cant wait for another 4/5 years. Ikhlas itu, kita yang rasa.




PS. I've prepared a new post about Chinese New Year Celebration this year. Huhu and have lots of cool images to share. But I think I'm losing some of my skills lah. Dah asyik dengan buku jeh. Haihh

PSS. Sorry guys, I'll update more soon. Thanks for waiting and sending your love though I cant see it. May Allah Bless us all.

Please take care, will ya?
Much love,
Cikdoktor.



Jan 14, 2012

Home, yes.

Kosong
Diorang menang.
Aku penyorak - G double O D J O B.
Bila tengok Volleyball team tadi, aimi rindu gila kat korang, budak budak Delta PDS Resort, terutama you guys, Naji, Qila, Dini, Epal, Kina, Eka, Yat, Mei Fen, Yin Wen, Sagee. Ingat tak dulu kita main & sorak macam semangat gilaaa. Thanks sbb ajar aimi main Volleyball. Rindu siot :(


Satu
Aku rindu...


sangat
sangat
sangat
sangat
sangat
sangat
sangat








...nak main Netball.
Tapi tangan tak sekuat dulu. Dah bertahun tahun tinggalkan.


Dua
Siapa kata budak pandai belajar tak pandai bersukan? Memang auta.
Siapa kata budak kuat baca buku tak mahir praktikal? Silap besar.
Siapa kata budak tiptop studies hanya teoritikal? Haha.
Siapa kata budak cantik lemah lembut tu lemah? Phewww.
Siapa kata budak tak pandai belajar, tak pandai semua benda? Suka hati kau jeh.
Siapa kata budak lurus bendul susah nak komunikasi dengan orang? Salah salah!
Siapa kata kalau kalah sekali, takkan boleh menang? Hmmm, balik kepada definisi menang kauorang.

Buktinya.. TASCA (Tamhidi Sports Carnival).


Tiga
Siapa kata jadi fotografer tu kerja senang dan mudah tak pakai tenaga?
Kepala hotak hang.

=="

Puas hati dengan gambar-gambar hari ini. Sebab ada gambar budak kecik comel gila pegang bola volley dengan gambar diri sendiri yang agak comel akhirnyaaaa YAY.
Nanti aku upload.

Empat
Sebenarnya, jadi perhatian mata-mata manusia sangatlah tidak best.
Jadi bunga mekar dan wangi di bawah teduhan rimbun lebat, tak siapa perasan adalah berkali ganda lebih best.

#Seganlah kalau orang kenal kita, tapi kita tak kenal dia.


Lima
... tunggulah. Sampai masa aku tunjuk. Sampai masa aku lepas gian.


Enam
Aku selalu terfikir, sudi ke diorang terima aku seadanya nanti? Nanti tu, mesti aku macam orang asing gila. Baru nak kenal, baru nak biasa. Awkward. Inferior. Haih.

Tiap kali aku rasa macam ini.. aku selalu rasa tak layak, aku selalu rasa tak mampu.
Tapi aku perlu kuat. Aku tiada semangat lebih tinggi dari untuk capai cita-cita.


Tujuh
Subuh hari tu dia call. Sepanjang hari kegembiraan itu terasa.

Lapan
Jangan lupa, aku dulu wirawati muslimah. Bukan calang-calang. Bukan biasa-biasa.
Ini bukan berlagak, tapi amaran untuk mereka yang lupa.

Sembilan
Makin hari makin banyak dugaan dan ragam dunia aku nampak. Tak tipu, ada rasa takut. Cukup dah ke amal?

Sepuluh
Auni, kte dah jumpa cerita Obgyn Doctors tu. Lelaki dalam cite tu.. macam Hyun Bin. Handsome, smart sangatt. Awak nak cerita tu? Sorry dah lama tak mesej awak :(

Qila, if by any chance you're dropping by here, please know that I dont have your new number, that 011 no. I wanted to call you last time, but your maxis was unavailable. Imy plus I want to know your MUET result huhu. So do text me dear. XO

Sebelas
Dah start makan nasi balik. Tapi satu senduk.

Dua belas
Contact aku dekat Twitter please. Aku takde facebook untuk beberapa bulan ni. Sekian

Tiga belas
Penat sangat. Banyak kerja gila. Kbai

Betul. Jom jadi orang hebat.

Yaaaa aimi hebat! Fighting!
Motif : Jangan risau, aku happy jeh insya Allah.






Cuma minggu ni aku tension. Hormon buat hal. Nyamuk asyik gigit aku. Serabut. Fikiran kacau bilau. Maka aku balik rumah. Dah.
Assalammualaikum.
*Hands Down*
{Aimi}


Jan 6, 2012

Biarlah rahsia..


Hari ini ada teman bertanya
"Apa aimi buat kalau tiba tiba masih belajar, dan ada orang masuk meminang. And that guy knows you, but you never know him. Tahu tahu dia dah jumpa parents."

Huhuh.

Aku jawab,
"Terkejut gila macam tu. Tak tahu nak buat apa, dah lah tak kenal kann apatah lagi nak expect."

Dia tambah,
"But aimi tak sesuai lah kahwin dulu. Aimi belajar dulu lahh. Because you look like a career-woman. Betul, Perempuan yang bekerjaya."

Dan aku pun senyum, dalam hati macam ada taman.
Entah sejak bila Tuhan kurniakan aku ketenangan ini.

Jodoh itu rahsia Tuhan. Dengan siapa juga rahsia Dia. Bila apatah lagi. Bak kata orang-orang, sampai seru, kahwinlahh.

Dan buat masa ini, biarlah rahsia.. Biarlah Tuhan yg menjaga rahsia itu.
Kerana hati aku juga masih belum pasti. Jasad belum bersedia. Untuk membuka buku baru tentang cinta. Cukuplah dulu pernah.

Doa ajelah kan untuk yang terbaik.
Jangan berhenti berdoa.

Dan aku selalu minta agar Tuhan tidak temukan aku dengan sesiapa lagi yang bukan pemilik rusuk kiriku.. Aku sudah matang untuk menolak apa-apa rasa yang bertandang. Biar kekal sebagai teman.. buat masa ini.


Cuma yang aku tahu sekarang ini, hati sedang merindu..
Tiap malam rasanya aku mengadu kepada teman sebilik bahawa aku rindu dia.
Entah mengapa.
Mungkin Patrick juga rasakan begitu.
=\






Minggu ini berlalu dengan tenang, Alhamdulillah.
Mungkin kerana aku sudah mula mengulang dan menghafaz. :)
Kalam Allah, benar, memberi sebuah ketenangan yang luar biasa.
Assalammualaikum!

Much love,
Cikdoktorfalsafah.



Insha Allah. Biar rasa cinta ini kukuh buat sang Pencipta cinta, barulah akan ku relakan masa menemukan aku dengannya :)