Jul 29, 2018

Trip ke Hong Kong - Day 3 - It's Disneyland day!

Assalammualaikum semua.
Amacam? Ada termimpi-mimpikan Hong Kong tak? Hehehe

Kalau nak baca hari pertama dengan hari kedua punya boleh tekan link ni okay, Hong Kong Day 1 // Hong Kong Day 2 (Ngong Ping, Garden of stars, Victoria Harbor, Heritage 1881, Ladies Market)

Percutian 4 hari 3 malam kita ni memang bajet murah punya tau! Memang backpacker punya style. So layan je lah ye. Itinerary pun simple tapi besttt sangat.

Untuk makluman, kitaorang tak pergi Ocean Park dengan Stanley Market pun tau. Ocean Park tu memerlukan seharian jugak baru puas hati, so disebabkan kitaorang dah pilih Disneyland, Ocean Park kita pergi next time lah ye, bawak Adam ke.. hehe

It was raining heavily in the morning of our third day. Sepatutnya nak pergi Disneyland ingatkan nak gerak awal dalam pukul 8 jugak macam semalam. Sebab perjalanan naik MTR sekejap je dah boleh sampai. Tapi disebabkan hujan agak lebat, so kita tidur lama sikit lah pagi ni. Lepas sarapan nasi dan sardin dengan hujan pun dah berhenti, dalam pukul 9 lebih kitaorang bertolak ke Disneyland.

Macam mana nak sampai kat Disneyland ni?
Senang je, kalau dari Mongkok, lebih kurang je macam nak pergi Ngong ping semalam.
Naik MTR Mongkok station line Tsuen Wan (line warna merah) ---- berhenti dekat Lai King station and then interchange to line Tung Chung ---- and then keluar dekat station Sunny Bay. Dari station Sunny Bay ni, ada disediakan train khas untuk ke Disneyland sahaja. Haaa senang kan! So, just ride on it and be excited! Dah nak sampai dah Disneyland pastuuu.

Lepas dah turun dekat station Lai King, korang terus terjah train line ni ok?
Sama macam nak pergi Ngong Ping jugak.
Lepas turun kat Sunny Bay, pergi beratur teruss dekat line train ke Disneyland Resort.
Nanti akan disambut oleh train yang comel macam ni! Hihihi

Keluar je station, benda paling best korang akan nampak ialah pintu gerbang ni! Hehe
Okay keluarkan kamera, henpon, monopod dan gopro masing-masing sekarang!!!




Okay selesai bergambar dekat pintu gerbang ni, bolehlah teruskan perjalanan masuk tu, jalaann teruss nanti korang akan disambut pulak dengan a fountain where Mickey is standing on a skateboard on a dolphin.


Belum sampai lagi masa ni, teruskan lagi perjalanan, korang akan nampak pintu masuk yang sebenar-benarnya. Nanti kat entrance ni, diorang akan check our bags tau. Ada some things yang tak dibenarkan masuk -- yang ni korang boleh baca kat website dia. Hari tu kitaorang bawak roti twiggies, roti gardenia coklat & jagung, dengan botol air alhamdulillah lepasss ^^ Jimat duit tak payah beli makanan ke apa dah. Memang sepanjang hari kat Disneyland tu, makan roti je. Tak rasa lapar sangat pun bila dah masuk dalam tu main-main. Balik je rumah, fuhh tak sempat buat apa lagi terusss masak megi 5 bungkus. Haha.

Oh ye, jangan lupa bawak telekung tau!







Banyak lagii gambar sebenarnya,
but I'm currently updating this post in 2018 gaissss. Hahahahah It's already July, 2018! 2 years since this post was saved in the draft. I am really sorry.

I'm so sorry I couldn't finish this post. I'm so sorry I couldn't complete all the itinerary to Hong Kong especially the last day yang pergi makan Dim Sum dekat Masjid tuuu. Huhuhuhu. Sorry gais! Been busy with studies.

So, I would like to end this Hong Kong trip here. I apologise if ada yang menunggu... but I don't think ada, hehe.

Till my next post,
Aimisya.

No comments: