Jan 15, 2016

Trip ke Hong Kong - Day 2 - Ngong Ping, Garden of Stars, Victoria Harbor, Heritage 1881 & Ladies Market.

Hai semua,
still planning to go for a short trip to Hong Kong?
Why not! Best tau Hong Kong :)


It's Day 2 now right.

So after breakfast at the littlehouse, we began our journey to Ngong Ping cable car and Citygate Outlets early in the morning around 8am.

Macam mana nak pergi ke sana?
Kalau naik MTR line Tsuen Wan (line warna merah) --- keluar dekat Lai King station and then interchange ke line Tung Chung --- next stop dekat Tung Chung station exit B.

Tapi kalau dari MTR station Kowloon/Olympic (line warna kuning) terus je pergi Tung Chung station.

Okay?

Keluar je dari station Tung Chung exit B tu, korang akan nampak Citygate Outlets punya building. Mall ni macam Mitsui Outlet lah kalau kat Malaysia. Blogger lain kata kat sini murah kalau nak beli barang-barang berjenama ke apa. Kitaorang sebab pokai plus hari first kaan soooo singgah melawat interior dia and cuci mata sekejap je. Huhuhu


Okay back to Ngong Ping punya cerita. Korang jalan je melintasi Citygate Outlets tu, terus je ikut signboard Cable Car. Nanti akan ada escalator naik. By the way, sebutan dia bukan Ngong Ping, sebutan dia 'Ang Ping' tau. Hihi. Ramai orang selalunya ke Ngong Ping ni atas faktor keagamaan selain melancong. Di Ngong Ping Village which is the first destination sejurus selepas keluar daripada cable car, ada terletaknya sebuah patung Buddha yang sangat besar. Nak naik ke patung Buddha ni kena panjat tangga macam kat Batu Caves. Kitaorang tak pergi pun sampai ke patung tu huhu.


Seriously, kalau nak pergi Hong Kong letaklah Ngong Ping 360 ni dalam senarai itinerary tau! Memang best sangat naik cable car tu. Amazing sangat bagaimana manusia menciptakan laluan cable car yang panjang macam tu dan kukuh dengan izin Allah. Cable car ni menghubungkan Tung Chung di Kowloon ke Lantau Island tau. Oh ye, Hong Kong terbahagi kepada tiga bahagian -- Hong Kong Island, Lantau Island and also Kowloon okay.


Masa kitaorang sampai tu memang pagi lagi kan, so memang takde orang pun queue untuk beli ticket. Sikit je orang.. And masa tu cuaca sangat berkabus, sejuk, dan angin bertiup ya Allah kuat sangattt. Cable car tu berhayun kiri kanan kott walaupun 8 orang dalam tu. Cable car lalu dalam kekabusss. Memang amazed, scary and nervous je sepanjang perjalanan dalam cable car tu. Tawakkal 100% kat Allah. Fuhh. Nasib baik lah kita tak gayat. Siapa yang betul-betul gayat, fikir lah banyak kali ye nak naik ke tidak. hihi tapi subhanAllah it was really really a splendid and spectacular experience! The view from the above was too beautiful! Just imagine, you can see the whole Hong Kong airport from inside the cable car.


Dekat Ngong Ping Village tu, ada banyaaak decorations Chinese New Year of Hello Kitty tau. So that explains why I put Ngong Ping in the must-visit list kehkeh. Yey I met my friends over there. Comel sangat Hello Kitty punya decorations tu semua. Nanti kita tunjuk gambar k ;)

Tak buat apa sangat pun kat situ, bergambar dan take-away Chicken Kebab dekat kedai  Halal Ebeneezer's Kebabs & Pizzeria. Blogger lain semua dok mention pasal kedai ni. So kita pun kenalah mention ye dok. Sedap jugak Chicken Kebab dia! Beli satu je, share 4 orang sebab mahal weh tak tipu. Tsktsk


Sepatutnya kat Ngong Ping Village ni ada banyak aktiviti korang boleh buat. Motion 360, Stage 360, and others please refer at laman web dia : NP360. Kitaorang sebab datang awal sangat kan, so dapat merasa pengalaman naik cable car tu dah cukup mengujakan, rasa berbaloi sangat.

Turun dari Ngong Ping tu dah pukul 12.30 macam tu, ya Allah panjang gila queue orang beratur sampai ke bawah! Memang lepas tu bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi petunjuk untuk pergi sini awal awal pagi. Lagipun best sangat datang awal tau, sejuuuukk berangin berkabuss je. Alhamdulillah.


Oh haa, sebelum turun balik tu, jangan lupa beli keychain Ngong Ping cable car yang comel-comel semuanyaaa! Rasa macam nak makan je. Haha nanti kang menyesal kalau tak beli kat situ, sebab kat tempat lain takde jual dah keychain Ngong Ping tuu tau, kitaorang puas dok cari kat Ladies market tapi tak jumpa pun. Hanya gambar keychain je tinggal kenangan.. Huahua T-T





Korang keluar je MTR tu akan nampak mall ni.
Kebetulan hari tu ada macam international punya program apa tah.
Tu yang ramai sangat orang ni.
Nampak tak route cable car tu? Nampak taaaaak??
Tengok ni, kosong je takde orang pun beratur. Huhuhu siap boleh buat photoshoot sekejap.


Terus je pergi counter. Siapa yang dah beli tiket siap-siap, ada lane khas and lagi lajuu.
Tak ramai orang pun yey! 
Ada dua jenis cable car, satu Standard Cabin, another is Crystal Cabin. 
Beza harga sangatlah banyak. Crystal cabin tu transparent blah bawah. 
Tak payahlah membazir. Standard cabin pun dah cukup mengujakan!
Ini laluan pertama :)

Nampak tak kabus tebal sangat ya Allah. Macam masuk dalam awan. Hehehe
This is your final destination hehehe. Lega dah sampai tau



Haaaa ni masa nak balik, panjang gila line beratur! Jadi, pergilah awal awal pagi okay :) 
Takpun bukan hari cuti okay kot. Pergi petang-petang pun cambest boleh tengok sunset.



Dah habis cerita di Ngong Ping, kitaorang balik rumah sekejap untuk solat dan makan sebab lapar kemain. Hahaha dalam pukul 2 lebih macam tu kitaorang keluar balik. This time menuju ke Tsim Tsa Shui :D


Macam mana nak pergi sana?

Ok naik MTR station Mongkok kan (sebab kitaorang tinggal kat Mongkok) ----- then keluar kat station Tsim Tsa Shui, lepastu jalan dalam MTR station tu ikut je sign board ke East Tsim Tsha Shui and keluar kat exit P. Lepastu tu, cross jalan and naik escalator tinggi, dia tulis Garden of stars. Takpe jangan risau, sebab kat mana-mana je ada tulis arah ke Garden of stars :) Korang jangan confuse tau Avenue of stars dengan Garden of Stars. Avenue of stars dah tutup sekarang, buat renovation rasanya. So cari dan ikut je signboard ke Garden of stars. In sya Allah jumpa punya!

Cuaca sangat sangat sejuk hari tu. Terlupa nak tengok iti, kita terus menuju ke Garden of stars dulu. Sepatutnya pergi Clock Tower duluuu tau. Tapi ada hikmahnya, sebab lepas beberapa jam dekat Garden of stars tu, hujan turun pulak. Tak lebat pun tapi cukuplah untuk membasahkan. Huhuhu so kitaorang sesambil jalan dekat Victoria Harbor sesambil tu berteduh la dekat meja kerusi yang ada sekitar tu... SubhanAllah indahnya pemandangan masa tu, dengan angin bertiup menampar lembut pipiku.. memang indah. Siap terjumpa beberapa pasangan bermadu kasih lagi, astaga. Patutnya diorang ni pergi book bilik hotel ke apa, ada ke patut buat kat tengah2 jalan ni. Huahua T_T


Lepas hujan reda sikit, kitaorang jalan-jalan lagi.. terjumpa pulak Heritage 1881. SubhanAllah cantik sangat!! Hilang segala penat lelah, terasa macam dekat istana kott. Macam mana nak sampai ke Heritage 1881? Alaa, kita tak ingat pulak yang ini, sebab main jalan-jalan je tiba-tiba dah sampai. Tapi, kalau korang turun balik MTR punya laluan dari exit P tadi, korang tuju pulak ke exit L6 tau. Heritage 1881 ni sama exit dengan Clock Tower. In sya Allah jumpa punya~


Selesai bergambar, pergi balik area Avenue of stars untuk tengok Symphony of Lights. Musykil laa betul ke yang kitaorang tengok tu Symphony of Lights? Hahaha sebab takdelah hebat sangat pun tapi cantikk!! ^^ Mungkin sebab hujan kan so electricity problem kot? Huhuhu




Jalan-jalan sepanjang ni. Sebelah kanan tu la Victoria Harbor.
Kesian mama sakit sakit kaki, dok jalan dengan kitaorang. 
Huhu nasib baik ada kerusi boleh berehat-rehat sesambil menikmati 
pemandangan Victoria Harbor yang sungguh menenangkan fikiran!
Macam ni lah laluan dalam MTR station, dia macam laluan underground..
Senang, boleh pergi mana-mana.
Sebab tu atas jalan, tak nampak ramai sangat orang.
Sebab almost everyone yang jalan kaki akan gunakan laluan dlm MTR station ni.
Cantik kan! Siapa nak honeymoon boleh datang sini. Rasa macam dlm cerita Cinderella sekejap.
Symphony of lights!



Lepas tu sebelum balik rumah, singgah dulu Ladies Market. It's shopping time!
Kalau tinggal kat Mongkok memang senang sangat nak pergi Ladies Market ni. So dari Garden of stars tadi, pergi je balik station MTR yang korang datang tadi, cari line Tsuen Wan, lepastu berhenti kat MTR Mongkok station --- terus ke exit D2. Kalau macam kitaorang, littlehouse tu kat exit D3. Jadinya alhamdulillah memang mudah.
Nampak tak tu signboard ke Tsuen Wan Line?
Haa korang ikut je signboard tu untuk ke Mong Kok station ok?
Perhatikan signboard macam ni okay. Kecik comel je signboard dia.
Ladies market's aisle.

Meh nak cerita sikit pasal Ladies Market ni. Ladies market adalah salah satu shopping market yang murah dan famous selain Stanley market. Kalau nak beli barang kat sini, korang tanya dulu harga, lepastu kalau betul-betul naaaaakk sangat-sangat baru tawar ok? Kalau tak, memang cuak woo. Hahaha. Sebab diorang ni agak kasar. Kalau korang dah tawar menawar lepastu tak jadi pulak, bersiap sedialah untuk kena marah dan kena paksa beli jugak. Biasanya lepas tanya harga, dorang akan terus kurangkan harga. Kalau korang blah dari kedai tu, dorang akan tawar harga sampai muraaaaah gila. So tunggu je lah, jangan terburu-buru nak beli or deal harga tau. Takpun, korang bagi terus harga korang, pastu acah-acah nak blah, confirm boleh dapat punya. Ada satu barang tu, harga dia bagi HKD180 satu. Tawar punya tawar akhirnya dapat HKD220 dua. Hahaha ^^

Kitaorang ni heaven sikit sebab puan Mama memang power gila dalam tawar-menawar. Hehee

Okay habis dah hari kedua.
Esok nak pergi Disneyland pulak seharian ^^
Nanti kita sambung ye in sya Allah.



Love,
Aimi.

No comments: